Saturday 31 October 2020

6 PENYEBAB PETI SEJUK BERBUNYI

 

www.wasap.my/+60166823585
Peti sejuk alarm berbunyi





Peti sejuk yang sempurna adalah apabila ia bekerja tanpa membuat bunyi. Pada sisi lain, ia akan membuat bunyi bip menunjukkan ada sedikit masalah di dalam sistemnya. Ia mungkin masalah kecil yang anda boleh selesaikan sendiri, tanpa membabitkan profesional atau pembaikan yang rumit.

Pertama, anda harus memeriksa buku panduan manual bagi memahami punca masalah dan apa yang anda harus lakukan. Jika anda tidak dapat informasi yang berkaitan. Hanya matikan suis selama beberapa saat dan hidupkan suis semula. Jika ia hanya masalah kecil, peti sejuk akan berhenti dari berbunyi bip.

Jika sekiranya, ia masih berbunyi, berikut adalah cara pemeriksaan ringkas:

1. Periksa jika bahagian pendingin dan beku diisi terlampau penuh.

 


Terlampau penuh dalam pengisian barang di rak penyimpanan menyebabkan pintu tidak ditutup rapat dan akibatnya peti sejuk mengeluarkan alarm bunyi.

2. Periksa getah pintu peti sejuk.


 

Apabila getah pintu telah longgar atau rosak, ia akan menyebabkan gangguan kerana udara tidak dikunci di dalam peti sejuk dan pintu tidak ditutup rapat. Ia juga mungkin disebabkan getah pintu kotor. Jadi, bersihkan dengan kain lembut dan air sabun yang suam.

Sekiranya pintu masih kelihatan terbuka, getah pintu harus diganti atau mungkin juga penggera pintu yang terbina didalamnya telah tersekat. Ia akan berbunyi juga pintu didapati terbuka lebih dari beberapa saat. 

 3. Periksa keseimbangan peti sejuk

 


 Peti sejuk berfungsi dengan baik apabila dikedudukan yang rata. Walaupun dengan sedikit kecondongan pada struktur peti sejuk akan mematikan penggera bunyi.

Kiri ke kanan, peti sejuk mestilah rata. Depan ke belakang, sudut mestilah minimum. Secara amnya, pengeluar mencadangkan bahagian depan peti sejuk lebih tinggi kira-kira 0.25 hingga 0.5 inci ( 6 mm hingga 13 mm) daripada bahagian belakang.  

4. Periksa bahagian luar peti sejuk lebih panas dari biasa.

 


Periksa jarak di antara peti sejuk dan dinding cukup untuk membolehkan pengudaraan yang betul. Jika peti sejuk masih panas lebih dari biasa, minta teknision memeriksa masalahnya jika bunyi bip berterusan. Matikan peti sejuk, pindahkan barangan ke tempat lain.

5. Periksa bahagian beku. 

 


Jika peti sejuk anda tidak mempunyai fungsi pencairan automatik maka penumpukan ais yang berlebihan akan menyebabkan penggera dibunyikan. Matikan atau defrost, tunggu sehingga ais yang berlebihan mencair dan bersihkan. Setelah ais mencair sepatutnya bunyi bip akan berhenti.

6. Minta teknision memeriksa papan litar.

 


Ia juga mungkin daripada masalah papan litar. Sekiranya demikian, kemungkinan besar komponen atau papan litar harus diganti.  

 

Peringatan: Peralatan harus diselenggara secara berkala mengikut panduan manual pengeluar. Jika perkakasan anda tidak berfungsi dengan optimun.Langkah pencegahan awal atau pembaikian harus dilakukan agar tidak mendatangkan masalah kepada komponen lainnya. 

 

 


Monday 26 October 2020

TROUBLESHOOTING PETI SEJUK : SIMPTON KEROSAKAN EVAPORATOR

























Evaporator normal akan kelihatan seperti gambar di atas. Diagnasa peti sejuk dapat dilakukan dengan melihat keadaan salji yang terbentuk pada bahagian evaporator. Teknision akan kesukaran menjawab anda sebelum melihat bahagian ini. Ini kerana bahagian ini akan memberi jawaban kepada masalah peti sejuk #kurang sejuk atau #tidak sejuk langsung tetapi bahagian pembekuan masih berfungsi.


KELEMBAPAN TERSUMBAT DI DALAM PETI SEJUK


Ini berlaku apabila kelembapan masuk ke dalam sistem peti sejuk melalui tiub kapilari peti sejuk, ia akan menyumbat sistem kapilari paip. Ini akan menyebabkan overheat pada peti sejuk. Apabila anda mematikan peti sejuk, sumbatan ais pada bahagian paip kapilari yang beku akan mencair dan akan memasuki sistem kompressor. 

Apabila air tercampur di dalam sistem kompressor membentuk asid yang akan menghasilkan proses degradasi minyak dan oksidasi komponen dari bahan logam. Proses degradasi minyak berlaku minyak kompressor akan kehilangan fungsi sebagai pelincir. Ini memaksa kompressor bekerja keras dimana komponennya sangat memerlukan pelincir. Sesetengah kes, terdapat peningkatan dalam pemakaian tenaga yang mengakibat kepanasan melampau dan mengganggu kitaran perlindungan thermal. Terdapat juga kes yang merosakkan motor bahkan kebakaran. Selain dari itu, ia meningkatkan kadar kehausan crankshaft dan rod pengambung, akibatnya compressor locked. Selain itu, kelembapan yang mencemarkan minyak kompressor juga mengakibat cylinder head dan valve berkarbonisasi.

Perkara berikut harus ditukar:
1. Kompressor
2. Filter dryer
 

PEMBEKUAN PADA PAIP SAHAJA



Suhu - termostat defrost diaktifkan mengukur suhu evaporator dan setelah mencapai suatu suhu yang ditunjuk untuk menghangat dan mencairkan evaporator. Ketebalan frost akan diukur secara inframerah untuk menentukan seberapa banyak frost terbentuk dan mengaktifkan elemen pemanas setelah mencapai ketebalan tertentu. Apabila ia rosak, bahagian pendingin akan menjadi lebih suam.
Apabila peti menjadi kurang sejuk perkara yang harus memeriksa:
Adakah salji nya menempel di bahagian paip atas sehingga kipas evaporator sehingga ia tidak boleh berputar? Ini akan mengganggu aliran udara sejuk beredar.
Adakah salji yang terbentuk dibahagian paip atas evaporator dan dibahagian bawahnya normal dan jari yang basuh akan terlekat pada paip?
Ini adalah tanda awal bagi masalah sensor defrost dan yang paling buruk adalah masalah kebocoran gas. Jadi anda harus memeriksa tanda-tanda kebocoran pada peti sejuk.

Perkara yang perlu difikirkan:
1. Periksa kebocoran.
2. Ganti sensor defrost 

PEMBEKUAN SEPENUHNYA EVAPORATOR (LEMBUT/KERAS)





Peti sejuk sepatutnya mencairkan evaporator secara automatik setiap 8 jam atau lebih. Jika berlaku masalah pada sistem defrost, salji akan terbentuk dan menghalang atau menyumbat saluran udara sejuk dari bahagian pembekuan ke bahagian pendinginan, menyebabkan peningkatan suhu bahagian pendingin.
Sistem defrost mempunyai 4 bahagian perlu diambil perhatian iaitu:
1. Papan kawalan elektronik akan memulai kitaran dan mengatur berapa kerap ia akan digerakkan.  Jika kawalan gagal, peti sejuk anda tidak akan didefrost secara automatik. Periksa kelancaran di antara papan kawalan elektronik dengan sistem defrost.
2. Thermistor atau sensor suhu defrost, mengesan suhu evaporator dan menghantar signal ke papan kawalan elektronik. Jika ia menghantar suhu yang salah, papan kawalan elektronik tidak akan menghidupkan heater defrost. 
3.Defrost heater akan berfungsi mencairkan salji pada sirip evaporator. Jika heater rosak, salji tetap berada akan di evaporator sehingga menebal. Anda harus memaksa peti sejuk berada di dalam defost mode untuk menguji sistem heater sama ada ia masih berfungsi atau tidak. 
4.Defrost bi-metal thermostat.harus diuji . Jika ia rosak, heater juga tidak akan berfungsi kerana tidak menghubungkan sistem kawalan dengan sistem heater.
5. Internal kipas motor. Ia juga harus diuji untuk memastikan ia boleh berfungsi untuk menghembuskan udara sejuk ke bahagian pendinginan.
6. Getah pintu juga adalah penyebab utamanya, ini kerana udara tidak dapat dikunci dengan sempurna. Jika terdapat celah di antara pintu dan kabinet akan menyebabkan kitaran pendinginan melemah.


PEMBEKUAN SEDIKIT ATAU TIADA LANGSUNG.





Peti sejuk berfungsi secara normal apabila tiub kapilari dan kondensor mampu melancarkan kitaran pemampatan wap tekanan tinggi dan rendah dengan lancar iaitu menukarkan udara panas kepada udara sejuk dan sebalik setiap masa. Semasa proses ini, kompressor harus menjalankan tugasnya dengan baik.Ia harus melancarkan gas penyejukkan dalam jumlah yang besar. Apabila ia tersumbat pada sisi tekanan tinggi dari tiub kapilari atau tekanan rendah dari kondensor, suhu tidak dapat ditetapkan pada suhu yang sepatutnya. Antara perkara berikut harus anda perhatikan.
 
Salji terbetuk pada bahagian outlet kondenser, kapilari tiub dan filter dryer. Ini bermaksud telah berlaku gejala separa sumbatan. Ini berlaku apabila ada serpihan yang melepasi filter dryer. Sumbatan boleh dikesan dengan memeriksa apabila input arus, arus menjadi tinggi daripada normal dibahaian sumbatan. 
Anda harus melakukan proses flushing gas untuk membuang sumbatan. Anda juga mungkin harus mengganti komponen kompressor dan filter dryer. 

Terdapatnya kebocoran gas. Salji di evaporator kurang dari kitaran normal apabila berlaku kebocoran gas. Pengesan kebocoran atau buih sabun akan mengesannya jika ini berlaku.Anda juga harus memeriksa jika ada minyak yang mengalir pada bahagian bocor pada sambungan evaporator. Anda mungkin juga harus mengganti komponen kompressor dan filter dryer.

Salji terbentuk pada paip sedutan pada kompressor. Ini terjadi apabila gas penyejuk secara berlebihan telah caj.Anda harus menukar kembali gas penyejuk ke isipadu yang betul.  Setiap kompressor mempunyai isipadu sukatan caj gas penyejuk yang telah ditetapkan. Anda juga harus mengganti komponen kompressor dan filter dryer.





Tiada salji terbentuk pada kondenser outlet, tiub kapilari, filter dryer dan pada paip sedutan kompressor dan tiada tanda kebocoran gas. Perkara ini adalah disebabkan pemampatan kompressor melemah. Anda mungkin harus mengganti kompressor dan filter dryer.


Nota: Perkara yang membabitkan dalam caj masuk gas adalah disarankan anda memanggil teknision professional yang anda percayai untuk melakukan perkara ini. Kesilapan dalam proses akan menyebabkan letupan terjadi kerana ia membabitkan penggunaan gas. 
Selain itu, jika anda bukan anda bukan ahli di dalam pemasangan sistem elektronik adalah tidak digalakkan anda melakukan DIY sendiri. Ini kerana setiap harus harus dibaca sebelum menentukan kerosakkannya. Apabila berlaku kesalahan di dalam pengiraan, punca masalah tidak akan diselesaikan tetapi anda mengganti komponen yang tidak perlu. 
Komponen elektronik bertindak melalui sistem litar yang menghantar signal untuk menggerakkan komponen lain. Apabila anda mengganti komponen yang salah, komponen baru yang anda ganti pasti akan terbakar atau terpintas juga.
Peti sejuk moden mempunyai sistem mode yang tersendiri, apabila anda tidak mengaja menukarkannya, suhu di dalam peti sejuk anda akan terkesan terutama mode automatik defrost. Jika, anda bukan ahli dan meminta nasihat dari yang bukan ahli, akhirnya anda menukar seluruh komponen elektronik tetapi masalah tidak juga selesai.

Kami menyediakan khidmat pembaikian peti sejuk disamping khidmat nasihat untuk anda. Sila hubungi kami di www.wasap.my/+60166823585 untuk pertanyaan dan sebut harga, 
 





Thursday 22 October 2020

PANDUAN PEMBELIAN PETI SEJUK BAHARU

www.wasap.my/+60166823585

 

Pembelian baharu? Tukar baharu?

Apabila peti sejuk harus ditukar kerana faktor kos pembaikkan yang tinggi atau berpindah masuk ke rumah baharu, jika ia membabitkan pembelian peti sejuk perkara berikut harus anda bincangkan untuk NEXT PROJECT anda.

Peti sejuk moden datang dengan pelbagai stail, warna dan ciri yang ada. Berbelanja mungkin menyeronokkan tetapi jangan sampai anda pening kepala nanti. Ini akan berlaku apabila peti baharu anda didapati tidak muat, luas bukaan pintu tidak cukup untuk membuka laci. Walaupun anda boleh bertanya 1001 soalan dengan jurujual tetapi perkara berikut hanya anda yang mampu.

Berikut adalah perkara yang harus difikirkan secara ringkas setelah memeriksa bajet anda. Jenama bukan masalah jika anda menjaga peti sejuk dengan baik iaitu sentiasa memastikan kebersihan dan memastikan tiada gangguan dalam kitaran penyejukkan.

 

PASTIKAN IA MUAT


Beberapa peralatan rumah seperti dapur dan mesin cuci pinggan dibuat dengan saiz yang standard tetapi tidak untuk peti sejuk.Ini mungkin akan mengejutkan anda pada hari penghantaran. Jadi sebelum shopping pasti anda mengukur dahulu area iaitu tinggi dan lebar, tambahkan sedikit ruangan agar peti mendapat pengudaran yang mencukupi selain memudahkan pemasangan dan pembersihan. Pastikan juga ia tidak mengganggu jalan keluar masuk ke dapur.

 

BILANGAN ISI RUMAH


Setelah anda menentu ruangan untuk peti sejuk diletakkan mengikut kapasiti ruang anda, jumlah isi rumah juga memainkan peranan. Ini lebih besar keluarga semakin banyak makanan perlu disimpan. 

  1.  Bagi keluarga 3-4 orang jumlah voluum optimum adalah 200-250 liter.

  2.  Bagi seorang atau pasangan, jumlah lebih kecil lebih sesuai iaitu 120-150 liter.  

  3.  Bagi keluarga besar, lebih baik melihat peti sejuk 300 liter sebagai pilihan.

Nota: Semakin besar peti sejuk semakin besar tenaga yang harus dibayar.

 

PERIKSA STICKER ENERGY


 

Sticker ini boleh digunakan untuk membandingkan kos operasi pertahunan yang harus anda fikirkan. Jika pilihan anda adalah kualiti 5 bintang dengan tenaga peti sejuk anda 635 kWh per tahun.

Contoh : (635kWh  x RM 39.45)/100 = RM 250.51 per tahun

Nota : Ini hanyalah kiraan kasar dengan kos purata 2020 bukan dengan kiraan sebenar TNB

 

LIHAT KETERSEDIAAN ALAT GANTI


 

Apa yang dapat kami sarankan adalah belilah barangan buatan Malaysia atau kilangnya beroperasi di Malaysia. (Ikut negara anda tinggal). Bahagian yang dikeluarkan di luar negara adalah lebih mahal dan susah dan lama untuk didapatkan terutama getah pintu. Anda juga harus pertanyakan kos pembaikkan model pilihan anda.Disamping itu, pastikan ia mempunyai pusat service untuk menyelesaikan masalah anda kemudian hari.

 

BANDINGKAN KOS PETI SEJUK LAMA 


 

Peti sejuk Energy efficient boleh menjimatkan tenaga dan menjimatkan wang anda. Anda juga harus mengira jumlah penjimatan peti sejuk lama dengan baharu. Perhatikan jumlah penggunaan tenaga dengan merekodkan penggunaan tenaga tanpa peti sejuk selama sejam dan bandingkan penggunaan tenaga bersama peti sejuk selama sejam. Ini adalah cara akurat untuk mengukur tenaga yang digunakan oleh peti sejuk anda.

CIRI DAN KEUPAYAAN TAMABAHAN.

Sebelum anda keluar membeli pastikan anda telah memikirkan ciri yang keperluan peti sejuk di rumah.

Perlindungan kanak-kanak. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Ia iakan menghalang panel kawalan diakses dari butang. 

Salutan antibakteria. Menyemburkan lapisan nipis dari reagen yang melindungi perak menghalang pertumbuhan beberapa bakteria, akan tetapi anda harus mencuci dengan teratur kerana ia tidak memberikan pelindungan mutlak.

Pembekuan super. Ia akan mengekalkan suhu sejuk beku dibawah standard -18°C. Anda jangan mengharap ia akan mendekati industri "kejutan beku", rasa produk yang dicair masih akan berbeza dengan yang segar.

Peti telus. Ini memudahkan kita mencari produk yang betul dengan mudah. 

Rak ditarik balik atau dilipat. Rak tarik balik memudahkan akses ke sudut yang paling jauh. Rak dilipat boleh dilaraskan supaya hidangan yang tinggi dan lebar boleh diletakkan tanpa menarik rak dari ruang.

Pembuat ais. Penjana ais yang direka pada pintu adalah tambahan menyenangkan. Sebenarnya tidak berbeza dengan kecekapan pembekuan dalam acuan. Ais juga harus perlu ditunggu beberapa jam, ia kerap dilihat sebagai meningkatkan harga.

 

PENGIRIMAN DAN PENGHANTARAN


Apabila anda membeli peti sejuk baharu, periksa kos untuk memindahkan peti lama dan penghantaran peti baharu adalah termasuk jika tidak, berapakah kosnya. Jikalau, anda membeli peti dengan ciri pembuat ais, jangan lupa anda harus melakukan penyambungan air. Periksa sama ada ia termasuk dalam kos penghantaran.

 

SALURAN BEKALAN GUNAKAN KELULI TAHAN KARAT TERJALIN

Peti sejuk dengan ciri pembuat ais atau dispenser air memerlukan saluran bekalan air. Tiub plastik memang murah tetapi ia tidak anti haiwan pengerat dan ia akan rapuh seiring usia. Jika ia rosak atau digigit, kos pembaikkan kebocoran menerbangkan RINGGIT anda.

Penggunaan keluli tahan karat terjalin adalah pilihan terbaik kerana ia lebih tahan lama dan senang disambungkan. Hanya sambungkan hujung nut ke sambungan saluran valve dan tiub peti sejuk. Jika peti sejuk tidak mempunyai cara sambungan ini, anda harus membeli fitting tambahan.

 

PASTIKAN BUKAAN PINTU TIDAK TERHALANG


 

Jangan lupa rancang bagaimana bukaan pintu. Jika anda mempunyai meja kerja atau island atau dapur anda kecil atau sempit, pilihan French door atau pintu berganda adalah yang baik. Jika ia diletakkan menghadap dinding pastikan ia cukup untuk bukaan pintu dan laci juga rak untuk dikeluarkan bagi kerja-kerja pembersihan. Kebanyakkan peti sejuk anda boleh mengubah hala bukaan pintu tetapi lebih mudah memesan peti sejuk yang punya bukaan yang betul daripada menukarkannya sendiri.

 

KELULI TAHAN KARAT TANPA NODA

 

Jika anda cerewet tentang penampilan dapur dan mahukan permukaan yang sentiasa berkilat, tanyakan tentang ciri easy to clean finishes. Sesetengah jenama ada menampilkan ciri ini sebagai salah satu kelebihan mereka. Ada yang menawarkan permukaan yang seperti stainless steel dengan tambahan boleh melekatkan magnet. Ini bagi mereka yang suka meninggalkan nota atau hobi mengumpul magnet peti sejuk.

 

LINDUNGI PETI SEJUK ANDA

Lonjakkan kuasa hasil dari panahan petir antara salah satu punca kerosakkan. Jadi sebagai insuran anda, laburkan sedikit wang anda untuk membeli Voltage Protector Fridge Guard jika masalah ini pernah terjadi.

Sedikit sahaja panahan petir akan membakar komponen elektronik yang sensitif dan kebanyakkan peti sejuk model terbaharu mempunyai papan elektronik yang mudah diserang disamping harga yang mahal.

 


Happy shopping...


 

 


Tuesday 20 October 2020

PETI SEJUK : CARA MENGETAHUI KOMPRESOR ROSAK


@www.wasap.my/+60166823585

Kesemua peralatan yang elektronik yang kita miliki di rumah, kita amat bergantung sekali dengan peti sejuk. Bangun pagi sahaja kita akan membuka peti sejuk untuk meminum jus atau susu. Pada waktu menjelang tengahari, kita akan mengambil produk segar untuk dimasak. Kita akan bergantung pada peti sejuk untuk mengekalkan kesejukkan dan produk makanan kita tetap segar dan selamat untuk dikomsumsi atau digunakan.

Jadi, apabila di dalam peti sejuk anda yang berkerja 24/7 tanpa merungut mulai suam, tidak sejuk atau kurang sejuk, air mengalir keluar atau tiba-tiba daripada diam menjadi mesin yang paling bising atau langsung diam tanpa suara seperti mahu berhenti dari tugasnya. Tetapi sebelum anda memanggil teknision diagnosa dahulu peti sejuk anda.

Apabila peti sejuk menjadi tidak sejuk ada sepuluh kemungkinan komponen yang rosak bukan disebabkan oleh kekurangan gas atau kebocoran. Kompressor adalah diantaranya.

Kompressor adalah jantung pada operasi sistem penyejukkan. Kini, kompresor diletakkan di dalam unit tertutup dibahagian bawah, belakang pada kebanyakkan peti, menggabung motor dan kompressor sebagai satu unit. Ia akan memampatkan gas penyejuk sebelum menghantar ke condenser coil dibelakang peti sejuk, dimana ia akan menukarkan kepanasannya dengan udara persekitaran.

Q: Bagaimana mengetahui kompressor rosak atau bakal rosak?

A: Cara terbaik mengetahui jika ada yang tidak kena dengan kompressor adalah menarik sedikit peti sejuk keluar dari dinding dan teliti perkara berikut: 

1. KOMPRESSOR AKAN SENTIASA HIDUP

Salah satu tanda adalah ia akan sentiasa hidup tetapi dibahagian pendingin dan pembekuan tidak mencukup julat suhu yang diperlukan. Kondisi ini akan menyebabkan kehilangan gas penyejukkan dalam sistem penyejukkan atau injap atau valve komperossor mungkin sudah rosak. 

2. PETI SEJUK MEMUTUSKAN/TRIP PEMUTUS LITAR ARUS (CB)

Sesekali peti sejuk akan memutuskan arus pada pemutus litar (Circuit Breaker) apabila ia dihidupkan adalah tanda kompressor rosak. Sebelum itu anda juga harus memeriksa pendawaian rumah anda juga. Setiap motor elektrik akan menarik 5 ke 6 kali arus operasi apabila ia mula dihidupkan. Semakin lama umur kompressor, ia akan meningkatkan masa yang diperlukan untuk mencapai kelajuan operasi dan ini akan memanjangkan tempoh masa arus masuk. Ini akan menyebabkan pemutus arus atau CB trip sesekali.

3. OPERASI MENJADI BISING

Bising sering dikaitkan dengan kegagalan kompresor. Bearing atau valve mulai rosak akibatnya bunyi bising bertambah. Apabila masalah bearing, bunyi selalunya akan digabungkan dengan pengambilan arus yang mengakibatkan trip sesekali. Apabila valve penyebab masalah bunyi, bunyi akan menggabungkan masalah kegagalan untuk mencapai kesejukkan yang diperlukan. Kompressor dengan masalah kegagalan bearing akan menjadikan peti panas dan menyebarkan bau minyak panas akibat dari wayar atau kabel overheated.


Apabila compressor gagal berfungsi, faktor pertama yang anda harus fikirkan adalah kos. Apabila kosnya penggantiannya dinilai berbaloi atau tidak? Jika, ia mendekati bajet pembelian baru untuk anda, tidak perlu dibaiki. Jika, ia model yang masih baru dipasaran atau dilengkapi dengan sistem pembuatan ais, mungkin berbaloi dibaiki. Sebelum itu, periksa dahulu janji tempoh jaminan pembelian anda. 

Anda juga boleh meminta pendapat dari kami di www.wasap.my/+60166823585 atau diagnosa dahulu diagram berikut sebelum mengembil keputusan. Click Link

Video kami tentang penggantian kompressor.

 




Friday 25 September 2020

PETI SEJUK: GEJALA KEBOCORAN DAN PENYUMBATAN

Kebocoran gas dan penyumbatan dalam kitaran penyejukan

GEJALA MUNCUL KETIKA KESALAHAN TERJADI DARI SALAH SATU SISI TEKANAN TINGGI ATAU RENDAH


Kebocoran Gas

Tersumbat

Separuh Tersumbat

POSISI

Bahagian brazing  evaporator

Tiub kapilari

Bahagian brazing

Tiub kapilari

Bahagian brazing


Minyak yang keluar ditemui pada bahagian kebocoran

Tiada minyak pengeluaran pada permukaan paip.

Tiada pengeluaran minyak pada permukaan paip.

Frost atau embun pada evaporator kurang dari kitaran penyejukan normal. Jika tidak, tiada pembekuan atau embun ditemukan

Tiada pembekuan atau embun pada evaporator.

Pembekuan atau embun pada evaporator kurang dari jumlah pada kitaran normal penyejukkan.

Bunyi aliran bahan pendingin melalui evaporator dihentikan sebentar, atau bunyi aliran gas kedengaran.


Tiada bunyi bahan penyejuk didengari dari evaporator.

Bunyi bahan penyejuk mengalir melalui evaporator dihentikan sebentar atau berselang.

Pengesan kebocoran akan bertindak balas pada waktu berikut:

  1. Sisi tekanan tinggi: Ketika operasi kompressor.
  2. Sisi tekanan rendah: Ketika kompressor terhenti.

Beri perhatian lebih ketika mengguna air sabun

Air sabun mungkin akan tersedut jika sisi tekan rendah beroperasi.

*Gunakan pengesan yang sesuai untuk penyejuk yang digunakan.


Pengesan kebocoran tidak bertindak balas.

Pengesan kebocoran tidak bertindak balas.

GEJALA MUNCUL KETIKA KESALAHAN TERJADI DARI TEKANAN RENDAH


Kebocoran Gas

Tersumbat

Separuh Tersumbat

POSISI

Brazing bahagian evaporator

Tiub kapilari

Bahagian brazing

Tiub kapilari

Bahagian brazing


Input arus adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal. (dalam kes kebocoran gas sangat sedikit sekali). Ia akan berkurang dengan kebocoran gas yang sedikit.

Input arus adalah kecil.

Input arus adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal. Ia akan kurang pada sesuatu bahagian separuh tersumbat.

Bunyi kompressor hampir sama dengan mampatan normal. Bunyi akan lebih ringan dengan kebocoran gas yang sedikit.

Bunyi pemampatan adalah lebih ringan dalam pemampatan normal.

Bunyi kompressor hampir sama dengan mampatan normal. Bunyi akan lebih ringan pada sesuatu bahagian yang separuh tersumbat.

Suhu paip penghantar adalah tinggi. Suhu berkemungkinan akan rendah dengan kebocoran gas.

Suhu paip pengantar tidak meningkat.

Suhu paip pengantar adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal.

Ia akan meningkat pada sesuatu bahagian separuh tersumbat.

Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas.

Tidak memaksa relay menjadi terlalu panas.

Tidak memaksa relay menjadi terlalu panas

GEJALA MUNCUL KETIKA KESALAHAN TERJADI DARI TEKANAN TINGGI


Kebocoran Gas

Tersumbat

Separuh Tersumbat

POSISI

Brazing bahagian evaporator

Tiub kapilari

Bahagian brazing

Tiub kapilari

Bahagian brazing


Input arus adalah rendah dari kitar penyejukkan normal.

Input arus adalah tinggi dari kitar penyejukkan normal.

(Kemungkinan kompresor tidak dapat digerakkan)

Input arus adalah hampir sama pada kitaran penyejukkan normal.

Input arus akan lebih besar pada sesuatu bahagian separuh tersumbat dari kitaran penyejukan normal.

Bunyi pemampatan adalah lebih ringan dari pemampatan normal.

Bunyi pemampatan adalah lebih berat dalam pemampatan normal.

Bunyi kompressor hampir sama dengan mampatan normal. Bunyi akan lebih berat pada sesuatu bahagian yang separuh tersumbat.

Suhu paip pengantar adalah lebih rendah dari kitaran penyejukkan normal.

Suhu paip pelepasan akan:

  • Jika tersumbat suhu paip discharge tidak meningkat.

  • naik sekali dan kemudian, jatuh jika saluran kondensor tersumbat. (semasa peti sejuk sedang beroperasi secara berterusan, gegelung motor pemampat adalah terlalu panas, memanaskan pengeluarannya..



Suhu paip pengantar adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal.

Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas.

Tidak memaksa relay menjadi terlalu panas

Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas.


  1. Arus atau total input berkemungkinan lebih kecil dari kitaran penyejukan normal.

  2. Bunyi kompresor adalah ringan dari kompresor normal.

  3. Suhu discharge paip meningkat dan kemudian, jatuh.

  4. Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas.

  5. Apabila vacuum paip dipotong, gas penyejukan akan lebih kuat dibebaskan berbanding kitaran penyejukan normal.




Thursday 24 September 2020

KODE ERROR PETI SEJUK



Kadang kala peti sejuk anda memberitahu anda apa yang salah, selagi anda boleh memecahkan kodenya. Berikut adalah jadual kode ralat umum untuk jenama yang paling popular di Malaysia bersama dengan penjelasan ringkas mengenai maksud kode tersebut dan kemungkinan bahagian yang perlukan pembaikan. Berkemungkin juga anda perlukan khidmat nasihat dari Hairil Baiki Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Di Rumah Anda @https://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara atau www.wasap.my/+60166823585

Sebelum itu anda harus mengenali beberapa perkara berikut:


LITAR ELEKTRIK

MAKNA LITAR ELEKTRIK ( Litar terbuka, Litar tertutup,  Litar pintas)

Terdapat beberapa istilah yang perlu kita ketahui mengenai litar elektrik.

  • Litar terbuka adalah keadaan di mana semasa atau mana-mana peranti tidak bersambung dan arus tidak dapat mengalir.
  • Litar tertutup adalah keadaan di mana suis atau peranti disambungkan dan membolehkan aliran elektrik mengalir.
  • Litar pintas adalah apabila arus elektrik mengalir  tanpa beban dan kembali ke bekalan kuasa. Ia juga boleh terjadi apabila dua konduktor berbeza tersentuh secara tidak sengaja.

Nota: Litar pintas sangat berbahaya, kerana ini boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan pada komponen elektrik.


5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...