PUNCA KEROSAKKAN MESIN BASUH

CARA MENGESAN KEROSAKKAN MESIN BASUH

Ketika anda telah memuatkan pakaian tapi mesin tidak berfungsi seperti selalu, bagaimanakah cara untuk menganalisa kerosakkan?
Ada tiga (3) cara mengesan kerosakkan mesin basuh yang anda boleh dilihat secara mata kasar dan ianya tidak memerlukan anda genius dalam bidang sains atau teknikal:

KEBOCORAN / KELONGGARAN#

  • Mesin basuh mencuci dengan cara daya emparan/centrifugal force, periksa gear pada piring pemusing pada dasar dram basuhan sama ada giginya haus atau longgar. 
  • Sila periksa bahagian bawah dram basuhan dan lantai bawah mesin basuh jika terdapat lelehan air atau air sentiasa mengalir keluar. Periksa juga sistem pemasa/timer mesin basuh, mungkin telah bermasalah.
  • Perhatikan pada sambungan dan saluran air jika terdapat sumbatan atau getah pelapik telah rosak. 
  • Jika terdapat bunyi bisinggear box telah terdapat masalah.
  • Perhatikan juga ketegangan gelung getah  penarik moto yang mungkin telah kendur lebih dari 5 inci. Jika getah sudah koyak, tiada option lain selain ganti. Pastikan juga penyepit saluran air tidak longgar. 

KEROSAKKAN PAM#

  • Kerosakkan pam akan menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke dalam atau keluar dari mesin basuh terutama ketika proses pengeringan.
  • Sila rujuk pada buku panduan mesin anda di mana letaknya pam air. Jika, pam tersebut rosak ia akan mengeluar bunyi ketika digoyangkan.

SISTEM ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK#

  • Jika anda mempunyai multimeter, periksa aliran arus masuk pada panel kawalan mesin dan elektronik pada panel kawalan. 
  • Selalunya jika sistem ini rosak, mesin akan: 
  1. padam atau tidak boleh on 
  2. hanya lampu menyala
  3. salah satu fungsi basuhan tidak beroperasi sama ada basuhan/bilasan/penyeringan
  4. bunyi dengung atau alarm
  • Panel kawalan adalah yang mengatur segala arahan, jika ada komponen yang telah rosak seperti sensor atau wayar telah terbakar atau putus...ia akan menjadi sumber masalah anda.
  • Anda juga harus memerhatikan kesan terbakar atau cairan pada panel.
  • Sebelum memanggil teknision, pastikan juga fius pada plug dan suis punca kuasa mesin adalah berkeadaan baik dan mesin diletakkan pada lantai yang rata.

Note: Bagi mereka yang masih diperingkat amatur sila dapatkan nasihat daripada yang pakar untuk perkara yang berkaitan dengan elektrik. Elektrik dengan air bukan rakan yang baik.

Bagi yang memerlukan khidmat nasihat secara langsung sila wasap kami di www.wasap.my/+60166823585 atau anda boleh melawat fb kami di https://www.facebook.com/petisejukmsnbasuh






No comments:

Post a Comment

5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...