PETI SEJUK : SEBAB TIDAK SEJUK

Q : Peti sejuk TIDAK SEJUK? Sebab apa ya?

Selalunya ramai yang berpendapat gas peti sejuk habis. Betul ke?

Jika peti sejuk sedang beroperasi, gasnya tidak mungkin habis kecuali peti sejuk dipadam

pada jangka masa lebih dari seminggu.

Penambahan gas hanya akan dilakukan jika terdapat kebocoran pada paipnya.

Apabila peti menjadi tidak sejuk atau kurang sejuk, mojoriti kerosakkan adalah

akibat daripada kerosakkan komponen BUKAN kehilangan gas.

A: Ada 10 perkara yang biasa menyebabkan peti sejuk tidak sejuk:

1. CONDENSER COIL

Apabila coil condenser terlalu kotor dengan habuk, ia tidak tidak dapat

menghilangkan haba dengan baik. Bersihkan jika kotor.


2. CONDENSER FAN MOTOR

Ia ditugaskan untuk menarik udara melalui condenser coil dan kompessor.

Periksa bilah kipas jika terdapat halangan dan pusingkan dengan jari,

Adakah ia berputar dengan bebas?

Guna multimeter, uji motor kipas sama ada masih baik atau rosak.


3. EVAPORATOR FAN MOTOR

Ia berfungsi menarik udara sejuk dan mengalirkan keseluruh peti. Jika  ia rosak, bahagian sejuk beku masih lagi mendapat sejuk.

Lihat sebarang halang pada kipas dan pusingkan dengan jari.

Adakah kipas boleh berputar secara bebas? Dengar bunyi motor jika ia mengeluarkan bunyi yang   ganjil?

Guna multimeter uji kesinambungan litar motor, tukar dengan yang baru jika rosak.


4. START RELAY

Kompresor akan berfungsi secara abnormal iaitu kekadang berfungsi, kekadang tidak atau tidak berfungsi langsung jika start relay rosak.

Periksa soket pada run dan start terminal. Periksa jika ada juga kesan terbakar atau bau terbakar.


5. TEMPERATURE CONTROL THERMOSTAT

Turunkan suhu kepada yang terendah kepada yang tertinggi dan dengar bunyi "klik”.

Jika tiada bunyi klik, periksa kesinambungan arusnya.


6. START CAPACITOR

Operasi dimulakan apabila start capacitor mendorong kuasa ke compressor.

Kompressor tidak akan dimulakan jika ia rosak.


7. THERMISTOR

Thermistor mengawal suhu peti dan menghantar bacaan ke papan kawalan.

Jika ia tidak berfungsi, kompressor dan evaporator fan tidak akan bergerak bila diperlukan.

Uji dengan multimeter kesinambungan litarnya.


8. TEMPERATURE CONTROL BOARD

Ia menyediakan voltan ke compressor dan fan motor.

Ketika ia rosak, ia akan berhenti menghantar voltan ke sistem penyejuk  tetapi ia sering terlepas di diagnosa.

Jika tiada komponen lain yang rosak, maka ia boleh dipertimbangkan untuk ditukar.

9. COMPRESSOR

Uji kesinambungan arus di antara pin elektrik disisinya.

Jika ada arus atau litar terbuka, compressor sepertinya telah rosak dan harus diganti oleh teknision yang berkelayakkan.

Sebelum menggantikannya, periksa komponen lain yang mungkin tidak berfungsi dengan baik.


10. MAIN CONTROL BOARD

Namun, ia tidak menyebabkan tidak sejuk. Setelah kesemua komponen yang mungkin telah

diuji dan tiada satu pun yang rosak, ia harus dipertimbangkan untuk ditukar.


Note: Pastikan semua langkah keselamatan telah diikuti sebelum anda memulakan kerja-kerja membaiki atau menukar komponen. Sila rujuk dan baca diagram yang telah dibekalkan oleh pengilang.


No comments:

Post a Comment

5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...