JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK
Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision untuk kerosakan anda suoaya kerja-kerja pembaikian menjadi mudah. Berikut adah 5 jenis kerosakan yang selalu berlaku:
Sedia membantu: www.wasap.my/+60166823585
PADAM ATAU TIDAK BOLEH ON
1. HANYA LAMPU YANG MENYALA
- Anda harus memeriksa pengaturan suhu/temperature setting. Jika suhu dilaraskan terlalu tinggi (bukan suhu ideal), kompressor akan tidak akan bekerja untuk menyejukkan peti. Sila laraskan suhu pada yang lebih rendah dan kompressor akan bekerja semula. Jika TIDAK... set ini harus ditukar.
- Periksa pengaturan nyahbeku/defrost setting. Mungkin tombol defrost mode telah ditekan. Jika ia adalah model terbaharu, ia dilengkapi dengan defrost automatik, berkemungkin ada masalah dengan pemasa/defrost timer yang terganggu.
- Periksa gegelung hitam atau condenser coil dibelakang peti sejuk dan jarak peti dengan dinding. Ia berfungsi menghilangkan haba. Jika diselaputi habuk dan kotoran, ia akan hilang kecekapan dan berhenti menyejuk sepenuhnya. Bersihkan sekurang-kurangnya 6 bulan atau setahun sekali. Pastikan peti mempunyai jarak sekurang-kurangnya 3 inchi.
- Jika peti masih belum sejuk, tutup suis dan cabut plug selama 2 jam. Kemudian hidupkan semula. Jika kompressor mula bekerja, masalahnya adalah kompressor telah terlampau panas/overheating. Malah ini harus meminta nasihat dari yang pakar.
- Keluarkan semua barangan yang cepat rosak, sama ada terus dimasak atau disimpan di rumah jiran jika temujanji dengan teknision lebih dari 3 jam dan bersihkan peti sejuk anda supaya tidak berbau busuk.
2. LAMPU TIDAK MENYALA
Jika lampu peti sejuk tidak berfungsi dan bukan disebabkan oleh masalah start capacitor, termostat, motor dan kompressor, berikut adalah penyelesaian masalah asas yang anda boleh lakukan:- Periksa kuasa elektriknya. Pastikan peti sejuk dipasang pada soket yang hidup dan menerima kuasa (pasang lampu atau alat ujian litar keluar). Sekiranya soket tidak berfungsi, periksa pemutus litar/MCB yang terkoyak atau panggil juruelektrik. Jika fius yang meletup, sila gantikan fius plug yang baharu.
- Pastikan kawalan suhu dan nyahbeku/temperature and defrost control ditetapkan dengan betul.
- Dapatkan bantuan jika anda telah memeriksa fius dan soket, penetapan suhu yang betul, cooling coil telah dibersihkan tetapi tada sebarang tanda penghidupan, biarkan pintu tertutup supaya udara sejuk dapat dikekalkan. Panggil teknision yang anda percayai.
TIDAK SEJUK
Sebelum anda mencuba pembaikan yang rumit, cuba pembaikan yang mudah ini apabila ia tidak menyejuk dan pembeku tidak berfungsi:- Pastikan peti sejuk mendapat kuasa yang cukup. Lampu mesti bercahaya apabila dibuka. Getah/gasket pintu peti sejuk harus melekap dengan baik.
- Periksa kawalan suhu untuk memastikan ia tidak ditukar dengan secara tidak sengaja.
- Pastikan saluran udara dingin di dalam peti sejuk tiada sekatan dan ada jarak di antara dinding dengan peti supaya tiada haba terkumpul dibelakang peti.
- Bersihkan dan vakuum gegelung hitam di bawah atau di belakang peti. Gegelung yang kotor boleh menjadi punca penyejukan yang lemah.
- Buka penutup di dalam peti, perhatikan evaporator fan, lihat putarannya dan pastikan tiada bunyi bising dihasilkan seperti memekik atau mencicit. Jika evaporator coil membeku, anda harus tutup plug dan mencairkan ais yang terbentuk. Berkemungkinan masalah datang dari door switch, defrost timer, defrost heater atau defrost thermostat.
- Jika anda tidak mendengar kompressor bergerak selepas pintu dibiarkan terbuka untuk sementara waktu, ia bermakna condenser fan tersangkut atau rosak atau berkemungkinan relay atau compressor telah rosak.
KURANG SEJUK
- Pastikan getah pintu melekap kemas, tiada halang dari dalam dan pintu boleh tertutup sendiri ketika anda membuka 45° pada pintunya.(Jika TIDAK, laraskan kakinya). Tukar getah pada pintu jika longgar atau koyak. Pastikan juga lampu harus padam ketika bukaan pintu kira-kira 1 inchi. Jika tidak, door switch telah rosak. Ini kerana ia akan menambah haba di dalam peti sejuk.
- Pastikan makanan sama ada di pendingin dan beku berada dalam muatan yang munasabah. Botol minuman, makanan dan produk tahan lama hendaklah dalam keadaan tertutup supaya suhu dapat distabilkan dengan cepat.
- Bagi model yang punya condenser coil, sekiranya gegelungnya kotor dengan ketara, peti sejuk tidak dapat mengekalkan suhu yang betul. Ini menyebabkan peti sejuk akan bekerja keras untuk menyejukkan. Tutup plug sebelum kerja pembersihan dilakukan.
- Periksa keadaan evaporator fan dibahagian beku, kipas ini akan menolak udara sejuk kebahagian peti agar tetap dingin. Kipas ini akan terbakar jika diselaputi ais atau jika ada ketulan ais menghalang. Selain itu, pastikan kawalan suhu berada dilevel yang betul.
- Putuskan kuasa ke peti sejuk anda selama 30 minit dan ini harus membebaskan panel kawalan dari mode diagnostik jika peti sejuk baru diselenggara.
- Bersihkan salur udara dibahagian pembekuan dengan pendingin, mungkin ada ketulan ais atau sisa makanan yang menghalang saluran udara tersebut. MOHON elakkan menggunakan alatan yang TAJAM.
SENTIASA HIDUP
Peti sejuk dibina untuk berfungsi secara berterusan, ia akan rosak secara berkala. Bagi menyelesaikan masalah peti sejuk sentiasa hidup secara berterusan setelah anda memeriksa pintu peti sejuk telah dirapatkan dan melekap kemas.
- Trik untuk menyelesaikan masalah peti sejuk adalah mendengar bunyi. Bunyi peti sejuk yang kuat dan berdengung terus menerus, menunjukkan masalah dengan motor atau kompressor yang perlu diganti segera.
- Suhu sejuk beku harus berada di antara -18°C hingga -15°, pastikan condenser coil tiada serpihan ais atau membeku. Condenser fan moto harus bergerak lancar supaya tidak berlaku kegagalan sistem.
- Pastikan evaporator fan moto berfungsi, udara dingin tidak dapat dialirkan kebahagian pendinginan menyebabkan kompressor sentiasa hidup untuk lebih sejuk. Pada jangkamasa panjang ia akan merosakan elektronik lain seperti defrost heater, defrost thermostat, defrost timer, dan defrost control board.
- Jika papan kawalan rosak, ia dapat menyebabkan sistem tidak pernah berputar ke defrost, menyebabkan evaporator coil membeku.
- Kecuali jika ia kotor, masalah gegelung/coil yang terletak diluar atau dalam harus ditangai oleh seseorang teknisi yang professional. Jika ia terdedah secara tidak sengaja, ia boleh membahayakan kerana ia mengandungi gas penyejuk.
MENGALIR AIR
Jika anda mula perasan genangan air dihadapan lantai peti anda atau ada kolam air di bawah laci penyimpanan sayur., kes ini pemilik rumah boleh melakukan pembaikan DIY dan menghentikan kebocoran.
- Kecondongan peti sedikit kehadapan supaya air dapat memasuki bekas takungan dengan betul. Laraskan sehingga pintu dapat berayun sehingga kembali tertutup apabila pintu sedikit terbuka.
- Apabila gegelung getah pintu/gasket longgar menyebabkan udara yang lebih panas dari luar selalu masuk ke peti. Ini menyebabkan laci penyimpanan terutama untuk sayuran berpeluh.
- Penyumbatan pada paip saluran aliran. Saluran paip ini mengalirkan air dari bahagian sejuk beku ke bekas penyumpulan air dibahagian bawah peti.
- Pemasangan sambungan tidak ketat atau tidak betul dibahagian dispenser air atau pembuat air batu.
- Peralatan elektronik yang rosak atau saluran bocor atau retak. Isu-isu ini mungkin memerlukan penggantikan bahagian dan bantuan professional.
No comments:
Post a Comment