www.wasap.my/+60166823585
Pembelian baharu? Tukar baharu?
Apabila peti sejuk harus ditukar kerana faktor kos pembaikkan yang tinggi atau berpindah masuk ke rumah baharu, jika ia membabitkan pembelian peti sejuk perkara berikut harus anda bincangkan untuk NEXT PROJECT anda.
Peti sejuk moden datang dengan pelbagai stail, warna dan ciri yang ada. Berbelanja mungkin menyeronokkan tetapi jangan sampai anda pening kepala nanti. Ini akan berlaku apabila peti baharu anda didapati tidak muat, luas bukaan pintu tidak cukup untuk membuka laci. Walaupun anda boleh bertanya 1001 soalan dengan jurujual tetapi perkara berikut hanya anda yang mampu.
Berikut adalah perkara yang harus difikirkan secara ringkas setelah memeriksa bajet anda. Jenama bukan masalah jika anda menjaga peti sejuk dengan baik iaitu sentiasa memastikan kebersihan dan memastikan tiada gangguan dalam kitaran penyejukkan.
PASTIKAN IA MUAT
Beberapa peralatan rumah seperti dapur dan mesin cuci pinggan dibuat dengan saiz yang standard tetapi tidak untuk peti sejuk.Ini mungkin akan mengejutkan anda pada hari penghantaran. Jadi sebelum shopping pasti anda mengukur dahulu area iaitu tinggi dan lebar, tambahkan sedikit ruangan agar peti mendapat pengudaran yang mencukupi selain memudahkan pemasangan dan pembersihan. Pastikan juga ia tidak mengganggu jalan keluar masuk ke dapur.
BILANGAN ISI RUMAH
Setelah anda menentu ruangan untuk peti sejuk diletakkan mengikut kapasiti ruang anda, jumlah isi rumah juga memainkan peranan. Ini lebih besar keluarga semakin banyak makanan perlu disimpan.
1. Bagi keluarga 3-4 orang jumlah voluum optimum adalah 200-250 liter.
2. Bagi seorang atau pasangan, jumlah lebih kecil lebih sesuai iaitu 120-150 liter.
3. Bagi keluarga besar, lebih baik melihat peti sejuk 300 liter sebagai pilihan.
Nota: Semakin besar peti sejuk semakin besar tenaga yang harus dibayar.
PERIKSA STICKER ENERGY
Sticker ini boleh digunakan untuk membandingkan kos operasi pertahunan yang harus anda fikirkan. Jika pilihan anda adalah kualiti 5 bintang dengan tenaga peti sejuk anda 635 kWh per tahun.
Contoh : (635kWh x RM 39.45)/100 = RM 250.51 per tahun
Nota : Ini hanyalah kiraan kasar dengan kos purata 2020 bukan dengan kiraan sebenar TNB
LIHAT KETERSEDIAAN ALAT GANTI
Apa yang dapat kami sarankan adalah belilah barangan buatan Malaysia atau kilangnya beroperasi di Malaysia. (Ikut negara anda tinggal). Bahagian yang dikeluarkan di luar negara adalah lebih mahal dan susah dan lama untuk didapatkan terutama getah pintu. Anda juga harus pertanyakan kos pembaikkan model pilihan anda.Disamping itu, pastikan ia mempunyai pusat service untuk menyelesaikan masalah anda kemudian hari.
BANDINGKAN KOS PETI SEJUK LAMA
Peti sejuk Energy efficient boleh menjimatkan tenaga dan menjimatkan wang anda. Anda juga harus mengira jumlah penjimatan peti sejuk lama dengan baharu. Perhatikan jumlah penggunaan tenaga dengan merekodkan penggunaan tenaga tanpa peti sejuk selama sejam dan bandingkan penggunaan tenaga bersama peti sejuk selama sejam. Ini adalah cara akurat untuk mengukur tenaga yang digunakan oleh peti sejuk anda.
CIRI DAN KEUPAYAAN TAMABAHAN.
Sebelum anda keluar membeli pastikan anda telah memikirkan ciri yang keperluan peti sejuk di rumah.
Perlindungan kanak-kanak. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Ia iakan menghalang panel kawalan diakses dari butang.
Salutan antibakteria. Menyemburkan lapisan nipis dari reagen yang melindungi perak menghalang pertumbuhan beberapa bakteria, akan tetapi anda harus mencuci dengan teratur kerana ia tidak memberikan pelindungan mutlak.
Pembekuan super. Ia akan mengekalkan suhu sejuk beku dibawah standard -18°C. Anda jangan mengharap ia akan mendekati industri "kejutan beku", rasa produk yang dicair masih akan berbeza dengan yang segar.
Peti telus. Ini memudahkan kita mencari produk yang betul dengan mudah.
Rak ditarik balik atau dilipat. Rak tarik balik memudahkan akses ke sudut yang paling jauh. Rak dilipat boleh dilaraskan supaya hidangan yang tinggi dan lebar boleh diletakkan tanpa menarik rak dari ruang.
Pembuat ais. Penjana ais yang direka pada pintu adalah tambahan menyenangkan. Sebenarnya tidak berbeza dengan kecekapan pembekuan dalam acuan. Ais juga harus perlu ditunggu beberapa jam, ia kerap dilihat sebagai meningkatkan harga.
PENGIRIMAN DAN PENGHANTARAN
Apabila anda membeli peti sejuk baharu, periksa kos untuk memindahkan peti lama dan penghantaran peti baharu adalah termasuk jika tidak, berapakah kosnya. Jikalau, anda membeli peti dengan ciri pembuat ais, jangan lupa anda harus melakukan penyambungan air. Periksa sama ada ia termasuk dalam kos penghantaran.
SALURAN BEKALAN GUNAKAN KELULI TAHAN KARAT TERJALIN
Peti sejuk dengan ciri pembuat ais atau dispenser air memerlukan saluran bekalan air. Tiub plastik memang murah tetapi ia tidak anti haiwan pengerat dan ia akan rapuh seiring usia. Jika ia rosak atau digigit, kos pembaikkan kebocoran menerbangkan RINGGIT anda.Penggunaan keluli tahan karat terjalin adalah pilihan terbaik kerana ia lebih tahan lama dan senang disambungkan. Hanya sambungkan hujung nut ke sambungan saluran valve dan tiub peti sejuk. Jika peti sejuk tidak mempunyai cara sambungan ini, anda harus membeli fitting tambahan.
PASTIKAN BUKAAN PINTU TIDAK TERHALANG
Jangan lupa rancang bagaimana bukaan pintu. Jika anda mempunyai meja kerja atau island atau dapur anda kecil atau sempit, pilihan French door atau pintu berganda adalah yang baik. Jika ia diletakkan menghadap dinding pastikan ia cukup untuk bukaan pintu dan laci juga rak untuk dikeluarkan bagi kerja-kerja pembersihan. Kebanyakkan peti sejuk anda boleh mengubah hala bukaan pintu tetapi lebih mudah memesan peti sejuk yang punya bukaan yang betul daripada menukarkannya sendiri.
KELULI TAHAN KARAT TANPA NODA
Jika anda cerewet tentang penampilan dapur dan mahukan permukaan yang sentiasa berkilat, tanyakan tentang ciri easy to clean finishes. Sesetengah jenama ada menampilkan ciri ini sebagai salah satu kelebihan mereka. Ada yang menawarkan permukaan yang seperti stainless steel dengan tambahan boleh melekatkan magnet. Ini bagi mereka yang suka meninggalkan nota atau hobi mengumpul magnet peti sejuk.
LINDUNGI PETI SEJUK ANDA
Lonjakkan kuasa hasil dari panahan petir antara salah satu punca kerosakkan. Jadi sebagai insuran anda, laburkan sedikit wang anda untuk membeli Voltage Protector Fridge Guard jika masalah ini pernah terjadi.
Sedikit sahaja panahan petir akan membakar komponen elektronik yang sensitif dan kebanyakkan peti sejuk model terbaharu mempunyai papan elektronik yang mudah diserang disamping harga yang mahal.
Happy shopping...
The Star Casino Resort Opens on Saturday, July 21 - JTM Hub
ReplyDeleteThe 전주 출장샵 Star Casino 구리 출장마사지 Resort in Cabazon, California will open its doors on Saturday, 과천 출장마사지 July 21. The 세종특별자치 출장안마 hotel 포천 출장안마 will be the only non-gaming casino in