MESIN BASUH : CARA PENGGUNAAN
Hari ini adalah hari mencuci pakaian anda. Mesin basuh adalah alatan yang paling mudah digunakan. Tidak kira jenis sama ada manual, top loading atau front loading, perkara berikut anda harus anda ambil kira:
Ada mesin yang menawarkan program ini, ada yang tidak. Selalunya, fungsi ini akan secara automatik dipilih oleh mesin mengikut program basuhan yang anda pilih.
Hari ini adalah hari mencuci pakaian anda. Mesin basuh adalah alatan yang paling mudah digunakan. Tidak kira jenis sama ada manual, top loading atau front loading, perkara berikut anda harus anda ambil kira:
Ia merupakan salah satu cara bagi mengelakkan mesin basuh anda bekerja keras dan memanjangkan umur mesin tersebut. Selain itu, ia juga untuk menjaga pakaian kita supaya tahan lebih lama.
1. ASINGKAN IKUT LABEL#
Lihat tag pakaian (selalunya terletak dibahagian dalam), ini kerana bukan semua pakai boleh dicuci di dalam mesin basuh. Ada sesetengah pakaian perlukan perhatian khusus kerana ia akan mengecut, berkedut teruk, dari fabrik lembut atau tidak boleh terkena peluntur. Perhatikan juga arahan "hand wash only" atau "dry clean 0nly"
Asingkan juga pakaian anak-anak kecil terutama bayi daripada pakaian dewasa.
2. ASINGKAN IKUT WARNA#
Pakaian baru selalunya mempunyai kebarangkalian untuk luntur. Anda boleh bahagikan kepada Tiga (3) iaitu TERANG, GELAP dan JEAN ATAU DENIM GELAP.
Anda boleh merendam terlebih dahulu pakaian baru dengan air sabun sebelum memasukkan ke dalam mesin basuh. Ini untuk memastikan dye atau pewarnanya tidak luntur.
ATAU
3. ASINGKAN IKUT BERAT FABRIK#
Ini lebih menjimatkan masa dan wang anda. Bahagikan kepada fabrik senang koyak, fabrik tahan lasak dan fabrik berat atau denim.Jika anda mencampur fabrik lembut dengan berat, ia mungkin koyak atau kenyuk. Apabila mesin basuh berputar dengan kuat. Ia akan merosakkan fabrik juga memudahkan anda memilih setting atau pengaturcaran mesin.
- Fabrik senang koyak seperti sutera yang boleh basuh, baju dan seluar dalam.
- Fabrik tahan lasak seperti pakaian harian tanpa tag arahan pencucian
- Fabrik berat seperti kain kapas berat, tuala mandi, baju sejuk dan selimut tebal
4. ISIKAN DALAM BEG JARING BASUHAN#
Bagi pakaian yang kecil dan pakaian dalam, anda boleh memasukkan di dalam beg jaring. Ia dapat melindungi daripada pakaian keras dan koyak semasa proses basuhan. Ia terdapat dalam pelbagai saiz tetapi anda hanya boleh memasukkan beberapa helai sahaja. Beg ini tidak dapat melindungi pakaian daripada pakaian lain yang luntur.
- Bra yang mempunyai dawai sokong, pakaian berenda dan fit.
Note: Jika anda tidak mempunyai beg jaring, gantikan dengan sarung bantal
5. KESAN KOTORAN#
Ada sesetengah kotoran hendaklah dihilangkan terlebih dahulu TERUTAMANYA kesan kotoran kering. Ini kerana kesannya akan kekal tidak dapat dihilangkan. Kini telah banyak petua bagaimana menghilangkan kotoran di internet. Tinggal cari sahaja...terutama pada kawasan:
- Kolar dan lipatan lengan - sapukan pencuci yang sesuai padanya
- Tompokkan noda - sapukan penanggal kotoran yang sesuai pada tompokkan
- Kotoran degil dan lumpur - hendaklah disapu penanggal kotoran yang sesuai dan digosok sehingga kesannya hilang.
6. PERIKSA PAKAIAN#
- Kosongkan poket pakaian daripada syiling, paku, pin, clip dan benda-benda yang boleh memasuki sistem saluran air keluar anda.
- Terbalikkan pakaian yang mempunyai zip dan sulaman timbul
- Denim dicuci asing dari pakaian lain
- Pasang cangkuk dan ketatkan talinya
- Buang rambut, pasir atau apa-apa metarial yang melekat pada pakaian
7. PILIH PUTARAN PROGRAM BASUHAN#
Putaran basuhan ini akan menentukan cara pakaian itu dibasuh sama ada pada putaran yang kuat, sederhana dan lembut. Ini mengikut jenis pakaian yang anda muatkan. Program ini akan mengimbas secara automatik dengan masa yang cucian.
Note: Program mungkin akan berlainan mengikut pengeluar, rujuk buku panduan manual anda.
PROGRAM
|
Permanent Press
or Colors
|
Delicate or
Handwash
|
|
Tujuan
|
Menghilangkan noda atau yang terlalu kotor dan bau peluh.
Basuhan pada fabrik yang tahan lama
|
Membasuh pakaian harian yang senang berkedut
|
Basuhan yang perlahan-lahan untuk fabrik lembut dan halus
|
Cara basuhan
|
Pergolakkan yang laju pada basuhan dan pengeringan
|
Pergolakkan yang laju pada basuhan tetapi perlahan pada
pengeringan
|
Pergolakkan yang perlahan pada basuhan dan pengeringan
|
Jenis pakaian
|
Pakaian putih, alas tilam, fabrik kapas, linen, denim dan
tuala
|
Pada kebanyakkan fabrik sintetik seperti polyster,dikait,berbulu dan
bukan kapas
|
Sutera, pakaian gym dan tag tertulis ‘GENTLE WASH’
|
8. PILIH SUHU#
Ada mesin yang menawarkan program ini, ada yang tidak. Selalunya, fungsi ini akan secara automatik dipilih oleh mesin mengikut program basuhan yang anda pilih.
Air Sejuk
|
Untuk fabrik yang senang koyak, luntur atau pakaian yang
tidak kotor
|
Air Suam
|
Untuk pakaian yang berwarna gelap dan tidak terlalu kotor
|
Air Panas
|
Untuk tuala mandi dan tuala dapur, alas tilam, fabrik yang
kukuh, item yang terlalu kotor dan pakaian yang perlu dibasmi kuman seperti
lampin bayi
|
9. MASUKKAN SABUN DAN PELEMBAB#
Selalunya terdapat laci dengan label detergent dan softener, masukkan mengikut kapasiti muatan anda dan mengikut label arahan pada pencuci anda.
- Jika menggunakan sabun serbuk pada mesin top loading, sabun hendaklah dimasukkan dahulu terus pada dram basuhan sebelum pakaian. Ini bagi mengelakkan sisa sabun melekat pada pakaian. Selain mengelakkan gumpalan sisa sabun melekat pada laci pada tempat simpanan pencuci.
10. ISI MUATAN ANDA#
Bagi mesin basuh sepenuhnya automatik, ia akan secara automatik mengimbas muatan anda.
Bagi pula mesin manual..
Small Load
|
Isiannya adalah sepertiga (1/3) dari dram basuhan
|
Medium Load
|
Isiannya adalah setengah (1/2) dari dram basuhan
|
Large Load
|
Isiannya adalah tiga per empat (3/4) dari dram basuhan
|
11. MULAKAN BASUHAN#
Tutup pintu dan tekan butang start, tunggu sehingga siap.
No comments:
Post a Comment