Showing posts with label MESIN BASUH. Show all posts
Showing posts with label MESIN BASUH. Show all posts

Sunday, 5 July 2020

PANDUAN DAN TIP MEMILIH MESIN BASUH BAHARU

www.wasap.my/+60166823585
Q : Apakah mesin basuh yang kami rekomandasikan pada anda?
A : Kini jangan bimbang tentang kos mesin basuh kerana kebanyakkan syarikat terkemuka menawarkan skim ansuran mudah dan lain-lain ganjaran. Anda hanya harus tahu bagaimana memanjangkan umur mesin basuh anda terlebih dahulu. Ia adalah perkara yang mudah tetapi kita sering lupa dan masalah akan berulang lagi.

1. Pastikan air disalurkan daripada saluran air masuk.
2. Isi muatan 3/4 dari muatan dram basuhan anda.
3. Lap kering panel setelah habis basuhan.
4. Jangan tekan butang panel dengan benda tajam atau kuku.
5. Mesin tidak diletak ditempat panas atau terkena rembesan hujan.
6. Jangan biarkan mesin basuh beroperasi ketika tekanan air rendah.
7. Sebulan sekali atau selepas 30 kali basuhan, lakukan pembersihanan drum.
8. Jangan menggunakan terlalu banyak sabun.
9. Biarkan penutup pintu terbuka selama 1 jam selepas selesai cucian.
10. Matikan suis dan cabut plug apabila selesai.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mesin basuh yang baik sangat penting di mana-mana rumah. Melakukan cucian anda akan merasa lebih senang dengan mesin basuh yang lebih baik. Sekarang, bagaimana anda memilih mesin basuh yang sesuai untuk anda? Jangan risau, kami telah melalui semua mesin basuh yang terdapat di Malaysia dan mendapat yang terbaik. Inilah mesin basuh terbaik yang boleh anda beli di Malaysia hari ini!


Alat Ganti

Pilih yang berjenama yang bagus dan berkualiti. Selain itu, anda harus mengambil kira faktor tentang alat ganti yang mudah didapati dipasaran.

Contoh: Jenama Panasonic, Sharp dan Toshiba mempunyai kilang di Malaysia. Jadi alat gantinya mudah dipasaran.

Lebih mudah pada masa hadapan jika berlaku kerosakkan, disamping ketiga-tiga jenama mempunyai julat harga yang lebih kurang sama.


Taraf bintang

Anda boleh melihat penarafan bintang yang diberikan. Pilih menarafan bintang sekurang-kurangnya 3.5 bintang untuk tenaga dan 4 bintang.

Pilihan ini, anda boleh memilih teknologi dancing water flow dari Panasonic. Ia beroperasi yang dengan kurang air, waktu basuhan dan pengeringan dicepatkan dengan kecepatan pusingan. Harga yang terjangkau bajet anda.



Jaminan Motor

Sesuatu yang boleh menjadi point untuk anda membeli. Kebanyakkan jenama memberi jaminan motor 3 ke 5 tahun. Jika anda memilih untuk jaminan, brand Beko menawarkan jaminan sehingga 12 tahun untuk motor dengan harga yang terjangkau. Selain itu, ia juga antara mesin yang tercepat di dalam menyelesaikan basuhan.




Kebisingan

Jika anda tidak mahu kebisingan dari mesin atau saiz rumah kecil, pilih teknologi Inverter Direct Drive, ia menggabungkan motor dengan drum secara langsung. Ia juga akan menambah sedikit bajet anda kerana ia muatan hadapan. Harga akan bermula dari RM 1.4K dan seterusnya.

Contohnya: LG Inverter Direct Drive.



Murah dan Simple

Ia sesuai untuk keluarga yang kurang dari 5 orang pada kapasiti 7kg dengan reka bentuk padat dan antara yang termurah dipasaran.

Komponen yang anti karat stainless steel pada drum dan mudah digunakan dengan hanya satu atau dua klik sahaja. Jaminan pada motor untuk 5 tahun dengan jamin 2 tahun pada keseluruhan mesin pada mesin basuh Media



Tiada simpulan

Jika anda tidak mahu pakaian tersimpul atau kusut selepas basuhan pilihan teknologi tangle-free finish. Pusingannya ikut dan lawan jam bagi menyelesaikan masalah simpulan pakaian. Ciri-ciri ini ditawarkan pada jenama Hitachi.



Self-Cleaning Tub

Bagi mengekalkan mesin dan keadaan tip-top, setiap kali selesai basuhan tab basuhan hendaklah dicuci. Tub cucian yang lebih bersih dan membuatkan mesin bekerja lebih lama.

Contoh jenama ada menawarkan proses rawatan mudah dilakukan:

Hitachi dengan teknologi self-cleaning tub, akan tetapi janama ini menambah sedikit bajet anda.

Samsung dengan teknologi Eco Turbo Clean bagi mencuci tub pada harga munasabah.



Kelembutan pada kain

Pilihan sistem seperti Wobble (Samsung) dan SS Drum (Sharp) ianya lembut pada kain kerana ia mengurangi kerosakkan geseran.

Teknologi Hyro Twin Power (Toshiba) dan Fuzzy Logic (Sharp) akan menghilangkan kotoran lebih efektif pada kain.

Sistem pengering berkelajuan tinggi dan cepat kering ditawarkan iaitu Circular air intake (Toshiba) dan Air turbo drying (Samsung) menjadikan pakaian lebih cepat kering dengan pusingan pengeringan yang singkat. Waktu basuhan dapat dipendekkan.



Premium Kualiti.

Mesin basuh ini berada dalam ketegori bangsawan iatu yang termahal dalam list kami. Ia anda tidak kisah tentang harga tetapi lebih memilih kualiti dan dibenarkan oleh prestasi terbaiknya. Selalunya, mesin jenis ini akan memberikan kesemua pilihan yang anda mahukan iaitu:

  1. Keseimbangan diantara kekuatan dan kelembutan.

  2. Keseimbangan diantara kelajuan dan kebisingan.

  3. Kesimbangan diantara kebersihan dan kekusutan.

  4. Keseimbangan diantara kesegaran dan kesihatan.


Jenama sejenis seperti Eelctrolux dan Bosch, menawarkan ciri-ciri di atas.



Kapasiti

Keluarga yang seramai 5 orang bolehlah memilih mesin 7kg atau 8kg.

Jika keperluan anda memerlukan untuk membasuh seperti toto atau selimut tebal, pilih kapasiti yang melebihi 12kg.

Anda boleh membasuh pakaian setelah muatan pakaian selepas 3/4 drum mesin anda.Jika mesin basuh pilihan anda kapasiti besar.

Asingkan juga pakaian mengikut jenis. Ini supaya anda boleh memilih pilihan basuhan mengikut jenis pakaian.



Diagnosis Masalah.

Bagi yang suka DIY, mesin jenama ini mungkin menjadi pilihan. LG Smart Inverter Washing Machine juga dilengkapi program Smart Diagnosis untuk membantu mendiagnosis masalah mekanikal melalui aplikasi mudah alih, yang akan mengurangkan potensi kos perkhidmatan pembaikian.



Pilih produk mesra alam.

Pilih jenama yang direka untuk dikitar semula. Ini penting untuk mengurangkan pelupusan sampah dan mengurangkan penghasilkan gas rumah hijau dihasilkan ketika penghasilan material baharu.

Go recycle... itu penting



Pilihan antara top loading dan front loading.

Front loading selalunya menjimatkan tenaga dan air, ia akan menjimatkan wang anda pada masa panjang selain lembut pada fabrik.

Kebanyakkan model top loading pada masa kini, ada program quick wash jadi anda masih boleh memendekkan masa basuhan anda. selain dari memudahkan memuatan basuhan.

Apa-apa pun terpulang kepada kemampuan anda dari segi belanjawan keluarga. Model top loading selalunya 50% lebih rendah dari front loading.



5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...