JENIS KEROSAKKAN PETI SEJUK
Secara umum, ia bermula apabila makanan dan minum tidak dapat disejukkan secukupnya. Kerosakkan peti sejuk dibahagikan kepada lima (5) cara yang dapat dikesan dengan mudah:
- Suhu untuk pendingin adalah diantara 3-4ºC dan penyejuk beku adalah diantara -15 ke -18ºC.
#TIDAK CUKUP SEJUK
- Jika anda mendapati suhu peti anda kurang sejuk dari kebiasaannya, sila periksa dahulu pengawal suhu pada peti sejuk. Berkemungkinan tidak sengaja telah ditukar oleh anak-anak.
- Periksa saluran udara sejuk keluar, pastikan tiada halangan. Contohnya, ketulan air batu.
- Pastikan pintu peti seuk anda melekap sempurna. Caranya, letakkan lampu suluh yang menyala ke dalam peti sejuk, jika cahayanya dapat dilihat dari luar...anda harus menukar lingkaran getah pintu / door gasket or seal.
- Gunakan multimeter, periksa komponen berikut, kerana apabila tidak sejuk bukan hanya perlu ditambah gas/freon:
door switches
defrost heater and timer
evaporator fan
#KEBOCORAN
"Sila tutup punca kuasa sebelum anda melakukan pembersih pada bahagian tiub pembuangan air keluar."
- Buang air yang bertakung pada bekas takungan air. Proses ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Air yang bertakung akan menyebabkan penyumbatan pada saluran alir keluar
- Pastikan peti sejuk anda tegak 90º iaitu diletakkan pada lantai yang rata supaya saluran air keluar pada sejuk-beku beroperasi dengan betul. Jika kedudukkan peti goyang-goyang, laraskan kaki peti sejuk sehingga selari.
- Buka panel pada bahagian sejuk beku dan semburkan air dengan alat penyuntik. Anda boleh juga mencampurkan baking soda. Semburan hendaklah dibuat dengan kuasa yang kuat pada tiub/lubang air keluar supaya kekotaran yang menyumbat keluar.
- Jika peti sejuk anda mempunyai penapis air, periksa kepala penapis air dan pastikan ia dipasang dengan sempurna.
#SENTIASA BEKERJA
- Jika anda baru mengubah suhu atau memenuhkan peti, ia memerlukan masa untuk mendapatkan suhu sejuk yang betul. Selalunya dalam masa 24jam atau lebih.
- Nyah bekukan apabila terlalu banyak ais terbentuk. Tekan butang defrost atau siram dengan air panas. Kemudian, hendaklah dilap kering.
- JANGAN cucuk dengan benda-benda tajam jika anda tidak mahu menambahkan kos pembaikkan.
- Periksa lingkaran getah pintu, ia wajib melekap dengan rapat supaya udara sejuk dapat dihalang dari tidak keluar.
- Gegelung kondenser / condenser coil hendaklah dibersihkan jika terlalu kotor atau terlampau berhabuk. Gunakan vakuum atau berus, terlebih dahulu matikan sumber kuasa. Sepatutnya, kawasan ini dibersihkan sekali atau dua kali setahun.
- Gunakan multimeter periksa komponen lain jika masalah masih berterusan. Komponen ini akan menyebabkan kompressor akan sentiasa bekerja:
condenser fan
overload protector
compressor relay
motor
.
#HANYA LAMPU HIDUP
- Perkara ini adalah normal jika baru-baru ini anda berpindah tempat dan peti dibaiki. Peti sejuk memerlukan masa untuk sejuk iaitu 8 hingga 24 jam untuk sejuk dan 3 hari untuk mendapatkan suhu ideal.
- Periksa setting pengawal suhu pada frezer dan pendingin. Pendingin mendapat udara sejuk dari frezer. Jika suhu frezer naikkan, ia akan menjejaskan suhu pada pendingin.
- Pastikan ada aliran udara pada sekeliling peti sekurang-kurangnya 3 inch di bahagian belakang dan 1 inch pada bahagian atas.
- Jika dibahagian belakang mempunyai gegelung kondenser, vakuum atau berus habuk-habuk yang melekat sekurang-kurangnya setahun sekali. Begitu juga yang terletak dilantai peti, ia mesti dibersihkan dua (2) kali setahun. Sebelum itu, tutup punca kuasa.
- Matikan kuasa selama 2 jam untuk menguji kompressor dan komponennya. Setelah dimatikan kompressor kembali normal, anda harus memanggil teknision untuk memeriksa. Ini kerana sama ada kompressor bakal akan rosak atau komponennya telah rosak kerana overheating telah berlaku pada kompressor.
- Komponen berikut harus anda uji dengan multimeter:
temperature control
evaporator fan
defrost timer
overload protector
compressor motor
Bagi yang memerlukan khidmat nasihat secara langsung sila whatsapp kami di www.wasap.my/+60166823585 atau anda boleh melawat fb kami di https: www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara
#PADAM ATAU MATI
- Mula-mula periksa wayar peti sejuk, pastikan tidak terkoyak, terbelit atau terpotong.
- Uji plug dan soket dengan mencuba peralatan lain pada soket yang sama.. Jika menggunakan penyambung, pasang plug terus ke soket. Jika peralatan lain tidak boleh dihidupkan, tukar soket lain.
- Jika peralatan lain boleh dihidup, periksa fius dalam plug peti dan kotak pemutus arus / circuit breaker box. Kes sebegini selalunya anda harus memanggil elektriksion.
- Anda juga boleh membiarkan peti sejuk dipadamkan sebentar supaya sistem peti sejuk boleh di reset semula.
- Apabila langkah-langkah di atas tidak menjadi, sila panggil teknision yang anda percayai atau anda boleh menghubungi kami ditalian 0166823585 atau wasap kami.
Note: Jika anda teragak-agak atau tidak pasti bagaimana untuk melakukannya, hentikan dan hubungi elektriksion atau teknision terutama yang berkaitan dengan elektrik
Bagi yang memerlukan khidmat nasihat secara langsung sila whatsapp kami di www.wasap.my/+60166823585 atau anda boleh melawat fb kami di https: www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara
#jeniskerosakanpetisejuk
Lampu peti sejuk terpadam n tiada bunyi peti sejuk beroperasi selepas saya ketuk ais dlm freezer
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara/photos/ms.c.eJw9zMENADEIA8GOTsHYBPpvLFK48B2tFm5GyUO5TMwPP2SZM3c94GrYUxQYCcMU7MIH6kLMVGjQAYmsF94~-.bps.a.2311455349134883/2311455409134877 atau https://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara/photos/pcb.2696674827279598/2696673803946367/
DeleteNk tnye.. Kalo peti sejuk bnyi berdesir tu ape ye.. Sbb buang ketulan ais ug beku tu.. Xsntuh pon wayar.. Kne ttp suis utama ke pliss
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara/photos/a.2510437662569983/2533623336918082
DeleteJangan lupa tutup suis plug dan cabut soket jika anda mahu melakukan kerja-kerja pembaikkan atau pembersihan.
Deletehttps://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara/photos/a.1470484016565358/1672039743076450/?type=3&av=1470470809900012&eav=AfYgGjgUZlSVkDE5rMTTE2C46es5TPcVm6Yhq791gx1ATfEsXyDlxh49CoQdtqq2-1lAeN4sl2CyfdhsyX0c9g7y&theater
ReplyDelete