PETI SEJUK : DIAGNOSA SENDIRI SEBELUM MEMANGGIL TEKNISION

www.wasap.my/+60166823585

Q: Apa yang harus saya lakukan sebelum
memanggil teknision jika peti sejuk saya
padam atau mati?

A: Apa yang anda boleh lakukan adalah membuat diagnosa sendiri.

Berikut adalah 5 cara mudah dan senang sebelum anda membuat

keputusan sama ada memanggil jurusan elektrik atau elektronik:


1.       Periksa kabel kuasa hendaklah dalam keadaan terpasang. Pastikan tiada wayar terdedah, terbelit atau terpotong.

 

2.       Keluarkan kabel sambungan (jika menggunakannya). Mungkin kabel penyambung telah rosak. Lakukan sambung terus dari peti sejuk ke soket outlet.

 

3.       Cuba peralatan lain pada soket outlet yang sama. Jika peralatan lain tidak berfungsi, periksa fius atau litar pemutis arus. Ia mungkin fius terbakar atau trip.

 

4.       Cuba sambungkan peti sejuk pada soket lain. Jika masalah selesai. Panggil juru elektrik untuk membaiki pendawaian rumah anda.

 

5.Biar peti sejuk dicabut soketnya dari plug seketika. Ini untuk kapasitor menghilangkan cas yang tersimpan. Ini bagi menetapkan semula papan litar.

 

Nota
Bagi peti tidak sejuk, anda dinasihatkan untuk padamkan peti sejuk selama 8 jam. 
Ini berlaku apabila tiada kerosakkan pada soket atau plug. Ada sesetengah kes peti akan 
sejuk kembali. Ini bermakna ada komponen yang harus diganti terutama kesnya berulang
kembali selepas seminggu. 

Jika peti sejuk tidak sejuk semula selepas seminggu bermakna harus membuat keputusan sama ada melakukan DIY atau memanggil teknisian. 
Nasihat kami, jika anda tiada kepakaran di dalam mengukur arus, anda harus memanggil teknision. Sebelum memulakan DIY, matikan kuasa ke peti sejuk dahulu. 

 
 

No comments:

Post a Comment

5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...