Thursday, 24 September 2020

KODE ERROR PETI SEJUK



Kadang kala peti sejuk anda memberitahu anda apa yang salah, selagi anda boleh memecahkan kodenya. Berikut adalah jadual kode ralat umum untuk jenama yang paling popular di Malaysia bersama dengan penjelasan ringkas mengenai maksud kode tersebut dan kemungkinan bahagian yang perlukan pembaikan. Berkemungkin juga anda perlukan khidmat nasihat dari Hairil Baiki Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Di Rumah Anda @https://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara atau www.wasap.my/+60166823585

Sebelum itu anda harus mengenali beberapa perkara berikut:


LITAR ELEKTRIK

MAKNA LITAR ELEKTRIK ( Litar terbuka, Litar tertutup,  Litar pintas)

Terdapat beberapa istilah yang perlu kita ketahui mengenai litar elektrik.

  • Litar terbuka adalah keadaan di mana semasa atau mana-mana peranti tidak bersambung dan arus tidak dapat mengalir.
  • Litar tertutup adalah keadaan di mana suis atau peranti disambungkan dan membolehkan aliran elektrik mengalir.
  • Litar pintas adalah apabila arus elektrik mengalir  tanpa beban dan kembali ke bekalan kuasa. Ia juga boleh terjadi apabila dua konduktor berbeza tersentuh secara tidak sengaja.

Nota: Litar pintas sangat berbahaya, kerana ini boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan pada komponen elektrik.


SEBELUM PEMBAIKIAN DIPERLUKAN (SERVICE CALL)


www.wasap.my/+0166823585 Hairil 

(#PETI SEJUK) Sebelum memanggil teknision anda harus periksa perkara berikut:


Peti tidak sejuk langsung

  • Adakah plug peti terpasang dengan betul?

  • Periksa peti fius sama ada fius terbakar atau litar pintar?

Peti tidak cukup sejuk

  • Adakah kawalan di set pada suhu pada “Cold”?

  • Adakah sesuatu yang panas telah dimasukkan?

  • Terlalu banyak makanan?

  • Terlalu kerap buka pintu peti?

  • Pintu tidak rapat?

Makanan pada pendingin beku

  • Suhu di set pada “Coldest”?

  • Makanan dan sayuran yang mengandungi kelembapan tinggi diletakkan pada bahagian berdekatan saluran angin sejuk? Ia akan beku jika diletakkan di situ.

Muncul embun

Bahagian Dalam

Sila lap dengan kain kering jika

  • Pintu tertutup rapat?

  • Kelembapan terlalu tinggi?

  • Pintu di buka tutup terlalu kerap dan lama?

Bahagian Luar

  • Apabila kelembapan terlalu tinggi diluar dan getah pintu bersalji, sila lap dengan kain kering

Bunyi bising

  • Pastikan peti diletakkan dipermukaan yang kukuh

  • Adakah peti bersentuhan dengan dinding?

Salji terbentuk dibahagian pembekuan

  • Terlalu banyak kiub ais dibuat di bahagian beku?

  • Pintu terbuka terlalu lama hingga kondensasi terjadi? Ini menyebabkan salji terbentuk.

Dalam peti berbau

  • Makanan berbau dimasukkan tanpa dibungkus atau ditutup dahulu?

 

Ini bukan disebebabkan oleh kerosakkan peti sejuk

Permukaan peti panas

  • Peti sejuk mencegah salji terbentuk dan radiasi paip panas.

  • Terutama dibahagian belakang apabila peti dihidupkan atau pintu dibuka terlalu kerap.

Jika pintu ditutup, pintu lain mungkin terbuka

  • Aliran udara dua bahagian bertemu. Apabila satu ditutup, pintu satu lagi mungkin akan terbuka dengan tekanan angin. Ini fenomena biasa.

Ada bunyi yang tidak normal?

  • Bunyi seperti air mengalir dan air menggelegak adalah bunyi cairan penyejuk (refrigerant)

  • Bunyi pecah datang dari bahagian penyimpanan. Bunyi ini oleh geseran komponen disebabkan perubahan suhu.

Saturday, 8 August 2020

PETI SEJUK : 7 PENYEBAB MASALAH BEKU TETAPI TIDAK SEJUK


PEMERIKSAAN UNTUK KEADAAN BERSALJI DI EVAPORATOR 

www.wasap.my/+60166823585



Kondisi Embun salji

Fenomena & Pemeriksaan

Penyebab

1.

Tiada langsung

Tidak sejuk langsung

  • Kebocoran gas

  • Kompresor lemah

  • Sumbatan pada kitaran penyejukkan



2.

Salji nipis melekat pada keseluruhan

Kurang sejuk

  • Salji boleh dicairkan dengan sentuhan jari yang basah

  • Bunyi operasi kompresor lebih kuat dari biasa



  • Kitaran lemah



3.

Salji melekat pada beberapa paip

Kurang sejuk

  • Salji keras melekat pada beberapa paip dan salji tidak melekat pada sisi bawah



4.

Salji melekat pada beberapa paip

Kurang sejuk

  • Salji keras melekat pada beberapa paip dan salji lembut melekat pada sisi bawah

  • Salji lembut boleh dicairkan dengan sentuhan jari basah



5.

Salji meleleh pada sekitar outlet paip (sekitar accumulator)

Pendinginan semakin memburuk

  • Jari basah melekat pada paip tetapi salji pada accumulator dicairkan

  • Aiskrim mencair



6.

Banyak salji melekat pada atas paip

(Ia normal pada kitaran pendinginan)

Kurang sejuk

  • Banyak ais pada paip dan kipas internal terkunci



Penghentian defrost awal

  • Periksa sensor defrost 



7.

Terlalu banyak salji melekat pada evaporator

Kurang sejuk

  • Periksa celah di antara gasket pintu dan kabinet


Defrost rosak

  • Periksa sensor defrost dan P.W.B dan defrost heater

  • Ada celah di antara gasket dan cabinet atau pintu terbuka


Note: anda boleh memanggil teknision apabila perkara di atas bukan daripada kesalahan tombol pendinginan telah dialihkan pada suhu yang lebih tinggi atau lebih rendah. Ini kerana peti sejuk mengambil masa lebih dari 3 jam untuk mencapai suhu baharu. Pintu yang dibiarkan terbuka terlalu lama juga menyebabkan gejala masalah yang sama. 

Sunday, 26 July 2020

PETI SEJUK : GANTI KOMPRESOR (TEKNIK LOKRING)

Prosedur membaiki kebocoran gas peti sejuk. Prosedur pembaikan kitaran penyejuk berbeza-beza bergantung kepada kaedah pemeterian paip:
Manual ini memperkenalkan proseder operasi bagi pemeterian dengan menggunakan LOKRING. Ringkasan prosedur pembaikan kitaran penyejukan adalah seperti berikut:

1.   Melepaskan penyejuk/refrigerant daripada peti sejuk.
2.   Keluarkan kompresor yang hendak diganti.
3.   Keluarkan atau buang penyejuk dari paip yang menyejuk kitaran dengan gas nitrogen.
4.   Potong filter drier.
5.   Memasang kompresor baharu.
6.   Memasang filter drier baharu.
7.   Memasang pack less valves (vacuum valve,charge valve)
8.   Memeriksa kebocoran gas.
9.   Vacuumize kitaran penyejuk.
10. Caj atau masukkan penyejuk.
11.  Memeriksa kebocorann gas selepas pengecasan penyejuk.
12.  Kimpal atau pateri (kedua-dua paip vacuum dan paip charge)
13. Pasang semula penutup.
14. Jalankan ujian percubaan.


Nota: Apakah teknik kimpalan LOKRING?











LOKRING adalah kaedah mekanikal untuk menghasilkan kimpalan kekal sambungan paip yang setara, menghapuskan keperluan untuk hotwork dan masalah kesihatan dan keselamatan yang berkaitan.
LOKRING adalah peralatan dipatenkan, ia akan menyambungkan secara kekal diameter nominal saiz paip dan tiub tanpa kimpalan.
Ini berikutan kemasukan paip atau tiub akhir ke dalam pemasangan, alat hidrolik digunakan untuk untuk mengunci atau menyambung setiap hujung hadapan tiub dengan penyambung dan cincinnya.



 Kedua hujung tiub dibersihkan



Kedua hujung tiub yang hendak disambung dititikkan cecair pelekat


Hujung tiub dimasukkan complex ring, diputar 360°


Disatukan denagn alat plier








Ini adalah teknologi yang paling mudah pada waktu ini. Ia lebih selamat untuk dicuba bagi yang suka DIY. Walaubagaimanapun teknologi yang muncul, anda hendaklsh memastikan arus elektrik telah dimatikan dan ada pengaliran udara yang baik di kawasan sekitar anda.

Sunday, 5 July 2020

PANDUAN DAN TIP MEMILIH MESIN BASUH BAHARU

www.wasap.my/+60166823585
Q : Apakah mesin basuh yang kami rekomandasikan pada anda?
A : Kini jangan bimbang tentang kos mesin basuh kerana kebanyakkan syarikat terkemuka menawarkan skim ansuran mudah dan lain-lain ganjaran. Anda hanya harus tahu bagaimana memanjangkan umur mesin basuh anda terlebih dahulu. Ia adalah perkara yang mudah tetapi kita sering lupa dan masalah akan berulang lagi.

1. Pastikan air disalurkan daripada saluran air masuk.
2. Isi muatan 3/4 dari muatan dram basuhan anda.
3. Lap kering panel setelah habis basuhan.
4. Jangan tekan butang panel dengan benda tajam atau kuku.
5. Mesin tidak diletak ditempat panas atau terkena rembesan hujan.
6. Jangan biarkan mesin basuh beroperasi ketika tekanan air rendah.
7. Sebulan sekali atau selepas 30 kali basuhan, lakukan pembersihanan drum.
8. Jangan menggunakan terlalu banyak sabun.
9. Biarkan penutup pintu terbuka selama 1 jam selepas selesai cucian.
10. Matikan suis dan cabut plug apabila selesai.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mesin basuh yang baik sangat penting di mana-mana rumah. Melakukan cucian anda akan merasa lebih senang dengan mesin basuh yang lebih baik. Sekarang, bagaimana anda memilih mesin basuh yang sesuai untuk anda? Jangan risau, kami telah melalui semua mesin basuh yang terdapat di Malaysia dan mendapat yang terbaik. Inilah mesin basuh terbaik yang boleh anda beli di Malaysia hari ini!


Alat Ganti

Pilih yang berjenama yang bagus dan berkualiti. Selain itu, anda harus mengambil kira faktor tentang alat ganti yang mudah didapati dipasaran.

Contoh: Jenama Panasonic, Sharp dan Toshiba mempunyai kilang di Malaysia. Jadi alat gantinya mudah dipasaran.

Lebih mudah pada masa hadapan jika berlaku kerosakkan, disamping ketiga-tiga jenama mempunyai julat harga yang lebih kurang sama.


Taraf bintang

Anda boleh melihat penarafan bintang yang diberikan. Pilih menarafan bintang sekurang-kurangnya 3.5 bintang untuk tenaga dan 4 bintang.

Pilihan ini, anda boleh memilih teknologi dancing water flow dari Panasonic. Ia beroperasi yang dengan kurang air, waktu basuhan dan pengeringan dicepatkan dengan kecepatan pusingan. Harga yang terjangkau bajet anda.



Jaminan Motor

Sesuatu yang boleh menjadi point untuk anda membeli. Kebanyakkan jenama memberi jaminan motor 3 ke 5 tahun. Jika anda memilih untuk jaminan, brand Beko menawarkan jaminan sehingga 12 tahun untuk motor dengan harga yang terjangkau. Selain itu, ia juga antara mesin yang tercepat di dalam menyelesaikan basuhan.




Kebisingan

Jika anda tidak mahu kebisingan dari mesin atau saiz rumah kecil, pilih teknologi Inverter Direct Drive, ia menggabungkan motor dengan drum secara langsung. Ia juga akan menambah sedikit bajet anda kerana ia muatan hadapan. Harga akan bermula dari RM 1.4K dan seterusnya.

Contohnya: LG Inverter Direct Drive.



Murah dan Simple

Ia sesuai untuk keluarga yang kurang dari 5 orang pada kapasiti 7kg dengan reka bentuk padat dan antara yang termurah dipasaran.

Komponen yang anti karat stainless steel pada drum dan mudah digunakan dengan hanya satu atau dua klik sahaja. Jaminan pada motor untuk 5 tahun dengan jamin 2 tahun pada keseluruhan mesin pada mesin basuh Media



Tiada simpulan

Jika anda tidak mahu pakaian tersimpul atau kusut selepas basuhan pilihan teknologi tangle-free finish. Pusingannya ikut dan lawan jam bagi menyelesaikan masalah simpulan pakaian. Ciri-ciri ini ditawarkan pada jenama Hitachi.



Self-Cleaning Tub

Bagi mengekalkan mesin dan keadaan tip-top, setiap kali selesai basuhan tab basuhan hendaklah dicuci. Tub cucian yang lebih bersih dan membuatkan mesin bekerja lebih lama.

Contoh jenama ada menawarkan proses rawatan mudah dilakukan:

Hitachi dengan teknologi self-cleaning tub, akan tetapi janama ini menambah sedikit bajet anda.

Samsung dengan teknologi Eco Turbo Clean bagi mencuci tub pada harga munasabah.



Kelembutan pada kain

Pilihan sistem seperti Wobble (Samsung) dan SS Drum (Sharp) ianya lembut pada kain kerana ia mengurangi kerosakkan geseran.

Teknologi Hyro Twin Power (Toshiba) dan Fuzzy Logic (Sharp) akan menghilangkan kotoran lebih efektif pada kain.

Sistem pengering berkelajuan tinggi dan cepat kering ditawarkan iaitu Circular air intake (Toshiba) dan Air turbo drying (Samsung) menjadikan pakaian lebih cepat kering dengan pusingan pengeringan yang singkat. Waktu basuhan dapat dipendekkan.



Premium Kualiti.

Mesin basuh ini berada dalam ketegori bangsawan iatu yang termahal dalam list kami. Ia anda tidak kisah tentang harga tetapi lebih memilih kualiti dan dibenarkan oleh prestasi terbaiknya. Selalunya, mesin jenis ini akan memberikan kesemua pilihan yang anda mahukan iaitu:

  1. Keseimbangan diantara kekuatan dan kelembutan.

  2. Keseimbangan diantara kelajuan dan kebisingan.

  3. Kesimbangan diantara kebersihan dan kekusutan.

  4. Keseimbangan diantara kesegaran dan kesihatan.


Jenama sejenis seperti Eelctrolux dan Bosch, menawarkan ciri-ciri di atas.



Kapasiti

Keluarga yang seramai 5 orang bolehlah memilih mesin 7kg atau 8kg.

Jika keperluan anda memerlukan untuk membasuh seperti toto atau selimut tebal, pilih kapasiti yang melebihi 12kg.

Anda boleh membasuh pakaian setelah muatan pakaian selepas 3/4 drum mesin anda.Jika mesin basuh pilihan anda kapasiti besar.

Asingkan juga pakaian mengikut jenis. Ini supaya anda boleh memilih pilihan basuhan mengikut jenis pakaian.



Diagnosis Masalah.

Bagi yang suka DIY, mesin jenama ini mungkin menjadi pilihan. LG Smart Inverter Washing Machine juga dilengkapi program Smart Diagnosis untuk membantu mendiagnosis masalah mekanikal melalui aplikasi mudah alih, yang akan mengurangkan potensi kos perkhidmatan pembaikian.



Pilih produk mesra alam.

Pilih jenama yang direka untuk dikitar semula. Ini penting untuk mengurangkan pelupusan sampah dan mengurangkan penghasilkan gas rumah hijau dihasilkan ketika penghasilan material baharu.

Go recycle... itu penting



Pilihan antara top loading dan front loading.

Front loading selalunya menjimatkan tenaga dan air, ia akan menjimatkan wang anda pada masa panjang selain lembut pada fabrik.

Kebanyakkan model top loading pada masa kini, ada program quick wash jadi anda masih boleh memendekkan masa basuhan anda. selain dari memudahkan memuatan basuhan.

Apa-apa pun terpulang kepada kemampuan anda dari segi belanjawan keluarga. Model top loading selalunya 50% lebih rendah dari front loading.



Wednesday, 24 June 2020

MESIN BASUH : KODE ERROR


www.wasap.my/+60166823585

Apabila ada yang tidak kena dengan mesin basuh yang mempunyai paparan digital,

mesin basuh akan mengeluarkan kod ralat yang boleh anda gunakan untuk

mengecilkan kemungkinan penyebabnya.

Berikut adalah jadual kode ralat umum untuk jenama yang paling popular, bersama

dengan penjelasan mengenai maksud kod tersebut:

 

ERROR CODE

 


 


LG KODE EROR

Definasi

IE

Basuhan lambat mengisi

De

Penutup pintu tidak ditutup

Dl

Kegagalan pengunci penutup

FE

Paras air sangat tinggi

E6

Kegagalan clutch

Ue

Muatan terkeluar dari imbangan atau terlalu ringan

tE

Kegagalan thermistor

PE

Kegagalan sensor level air

LE

Pemacu beban thermal motor tersekat














                                                                                                                                                                                                                                                                                   





PANASONIC

KODE EROR

Definasi

U 11

Air tidak dapat dialirkan

U 12

Penutup terbuka

U 13

Kegagalan pengering/spin

U 14

Air tidak dapat dibekalkan

U 99

Air dikeringkan/dialirkan secara paksa

H

Pemeriksaan diperlukan

CL

Child Lock


  

 

 

TOSHIBA KODE EROR

Definasi

E1

Kegagalan hos saliran

E2  1 or

E2  3

Penutup terbuka atau tersekat

E3  1 or

E3  2

Muatan tidak seimbang atau mesin tidak rata

E5

Paip bekalan air dimatikan / penapis air sumbat

                                                                                                                                                                                                                          


 

 

SHARP KODE EROR

Definasi

E1

Bekalan air rendah atau dimatikan / penapis air masuk tersekat

E2

Level air tidak normal

E3

Penutup pintu terbuka atau tersekat

E4

Muatan terkeluar dari imbangan

E5

Saluran keluar air tersekat, terbelit atau terlalu tinggi

E7

Penutup pintu tidak ditutup rapat ketika dikunci

 


 

 

MIDEA KODE EROR

Definasi

F0

Kegagalan bekalan kuasa diputuskan

F2

Kegagalan membaca EEPROM

E1

Bekalan / tekanan  air rendah atau tidak normal

E2

Air tidak habis dikeringkan, salur ditinggikan atau sumbat

E3

Penutup pintu tidak tertutup atau tersekat sebelum operasi pengeringan

E4

Muatan tidak seimbang

F8

Sensor level air

HU

Pelindungan dari arus voltan yang tinggi

 

 

 

SAMSUNG KODE EROR

Definisi

5E

Salur keluar tersekat, tersumbat

4E

Bekalan air dimatikan atau tekanan air rendah

UE

Muatan tidak seimbang

1E 0E

Air masuk secara tidak normal

CL dE

Petunjuk ralat Child Lock

LE

Ralat kebocoran air

 


 

 

HITACHI KODE EROR

Definisi

C0

Lebihan muatan

C1

Air tidak dibekalkan

C2

Air tidak disalurkan/dikeringkan

C3 or C4

Tub tidak boleh diputar, muatan tidak seimbang

C8

Penutup pintu tidak boleh dikunci

C9

Penutup pintu tidak boleh dibuka

Ch

Kelajuan pusingan tidak mencapai nilai kelajuan yang spesifik

 


 

 

Whirlpool KODE EROR

Definisi

LF or F8 E1

Masa pengisian air yang panjang

Sd  or  F0 E2

Lebihan buih sabun

F0 E3

Lebih muatan

F0 E4

Pusingan dihadkan oleh air, suhu

F0 E5

Muatan tidak seimbang

F1 E1

Kegagalan papan kawalan elektronik utama

F1 E2

Kegagalan papan kawalan elektronik utama

F1 E3

Ketidaksesuiaan papan kawalan elektronik utama dan kawalan antara muka pengguna

F2 E1

Butang tersekat

F2 E3

Kegagalan kawalan papan antaramuka pengguna atau papan kawalan elektonik utama tidak tersesuai

F2 E4

Ralat kawalan antara muka pengguna

F2 E5

Kegagalan antara muka pengguna

F3 E1

Signal sensor level air tidak dikesan

F3 E2

Kegagalan sensor suhu air

F5 E1

Ralat suis penutup pintu

F5 E2 or F5 E3

Penutup pintu tidak terkunci

F5 E4

Kegagalan suis atau kunci pintu

F6 E2 o or F6 E3

Ralat komunikasi

F7 E0

Kehilang kuasa elektrik

F7 E1

Kehilang kuasa semasa mode pengeringan/spin

F7 E2

Kegagalan pemacu motor

F7 E3

Clutch terkena bakul pemutar semasa kitaran basuhan

F7 E4 or F7 E5

Kegagalan pada clutch

F7 E6

Kegagalan litar motor pemacu

F7 E7

Motor tidak dapat mencapai target rpm

F7 e8

Motor terlalu panas

F7 E9

Motor terkunci

F8 E3

Keadaan limpahan atau kebanjiran

F8 E6

Amaran kebocoran injap masuk air

F9 E1 or  F9 E2 or drn  or  dr

Masa pengeringan air yang panjang


5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...