Thursday, 24 September 2020

SEBELUM PEMBAIKIAN DIPERLUKAN (SERVICE CALL)


www.wasap.my/+0166823585 Hairil 

(#PETI SEJUK) Sebelum memanggil teknision anda harus periksa perkara berikut:


Peti tidak sejuk langsung

  • Adakah plug peti terpasang dengan betul?

  • Periksa peti fius sama ada fius terbakar atau litar pintar?

Peti tidak cukup sejuk

  • Adakah kawalan di set pada suhu pada “Cold”?

  • Adakah sesuatu yang panas telah dimasukkan?

  • Terlalu banyak makanan?

  • Terlalu kerap buka pintu peti?

  • Pintu tidak rapat?

Makanan pada pendingin beku

  • Suhu di set pada “Coldest”?

  • Makanan dan sayuran yang mengandungi kelembapan tinggi diletakkan pada bahagian berdekatan saluran angin sejuk? Ia akan beku jika diletakkan di situ.

Muncul embun

Bahagian Dalam

Sila lap dengan kain kering jika

  • Pintu tertutup rapat?

  • Kelembapan terlalu tinggi?

  • Pintu di buka tutup terlalu kerap dan lama?

Bahagian Luar

  • Apabila kelembapan terlalu tinggi diluar dan getah pintu bersalji, sila lap dengan kain kering

Bunyi bising

  • Pastikan peti diletakkan dipermukaan yang kukuh

  • Adakah peti bersentuhan dengan dinding?

Salji terbentuk dibahagian pembekuan

  • Terlalu banyak kiub ais dibuat di bahagian beku?

  • Pintu terbuka terlalu lama hingga kondensasi terjadi? Ini menyebabkan salji terbentuk.

Dalam peti berbau

  • Makanan berbau dimasukkan tanpa dibungkus atau ditutup dahulu?

 

Ini bukan disebebabkan oleh kerosakkan peti sejuk

Permukaan peti panas

  • Peti sejuk mencegah salji terbentuk dan radiasi paip panas.

  • Terutama dibahagian belakang apabila peti dihidupkan atau pintu dibuka terlalu kerap.

Jika pintu ditutup, pintu lain mungkin terbuka

  • Aliran udara dua bahagian bertemu. Apabila satu ditutup, pintu satu lagi mungkin akan terbuka dengan tekanan angin. Ini fenomena biasa.

Ada bunyi yang tidak normal?

  • Bunyi seperti air mengalir dan air menggelegak adalah bunyi cairan penyejuk (refrigerant)

  • Bunyi pecah datang dari bahagian penyimpanan. Bunyi ini oleh geseran komponen disebabkan perubahan suhu.

No comments:

Post a Comment

5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)

  www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...