Asalamualaikum dan selamat sejahtera Kami menyediakan perkhidmatan membaiki (repair) mesin basuh , peti sejuk dari rumah ke rumah tak perlu bawa ke bengkel mengikut kesesuaian masa pelanggan Khidmat kami dengan jaminan bahagian yang ditukar, harga berpatutan dan caj perkhidmatan serendah RM30, mengikut kawasan dan kerosakkan untuk area SHAH ALAM,DENAI ALAM, SUNGAI BULOH, SAUJANA UTAMA, PETALING JAYA, KLANG, DAMANSARA DAN YANG BERDEKATAN
Peti sejuk dan Mesin basuh
Saturday, 14 November 2020
5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)
Saturday, 31 October 2020
6 PENYEBAB PETI SEJUK BERBUNYI
Peti sejuk yang sempurna adalah apabila ia bekerja tanpa membuat bunyi. Pada sisi lain, ia akan membuat bunyi bip menunjukkan ada sedikit masalah di dalam sistemnya. Ia mungkin masalah kecil yang anda boleh selesaikan sendiri, tanpa membabitkan profesional atau pembaikan yang rumit.
Pertama, anda harus memeriksa buku panduan manual bagi memahami punca masalah dan apa yang anda harus lakukan. Jika anda tidak dapat informasi yang berkaitan. Hanya matikan suis selama beberapa saat dan hidupkan suis semula. Jika ia hanya masalah kecil, peti sejuk akan berhenti dari berbunyi bip.
Jika sekiranya, ia masih berbunyi, berikut adalah cara pemeriksaan ringkas:
1. Periksa jika bahagian pendingin dan beku diisi terlampau penuh.
Terlampau penuh dalam pengisian barang di rak penyimpanan menyebabkan pintu tidak ditutup rapat dan akibatnya peti sejuk mengeluarkan alarm bunyi.
2. Periksa getah pintu peti sejuk.
Apabila getah pintu telah longgar atau rosak, ia akan menyebabkan gangguan kerana udara tidak dikunci di dalam peti sejuk dan pintu tidak ditutup rapat. Ia juga mungkin disebabkan getah pintu kotor. Jadi, bersihkan dengan kain lembut dan air sabun yang suam.
Sekiranya pintu masih kelihatan terbuka, getah pintu harus diganti atau mungkin juga penggera pintu yang terbina didalamnya telah tersekat. Ia akan berbunyi juga pintu didapati terbuka lebih dari beberapa saat.
3. Periksa keseimbangan peti sejuk
Peti sejuk berfungsi dengan baik apabila dikedudukan yang rata. Walaupun dengan sedikit kecondongan pada struktur peti sejuk akan mematikan penggera bunyi.
Kiri ke kanan, peti sejuk mestilah rata. Depan ke belakang, sudut mestilah minimum. Secara amnya, pengeluar mencadangkan bahagian depan peti sejuk lebih tinggi kira-kira 0.25 hingga 0.5 inci ( 6 mm hingga 13 mm) daripada bahagian belakang.
4. Periksa bahagian luar peti sejuk lebih panas dari biasa.
Periksa jarak di antara peti sejuk dan dinding cukup untuk membolehkan pengudaraan yang betul. Jika peti sejuk masih panas lebih dari biasa, minta teknision memeriksa masalahnya jika bunyi bip berterusan. Matikan peti sejuk, pindahkan barangan ke tempat lain.
5. Periksa bahagian beku.
Jika peti sejuk anda tidak mempunyai fungsi pencairan automatik maka penumpukan ais yang berlebihan akan menyebabkan penggera dibunyikan. Matikan atau defrost, tunggu sehingga ais yang berlebihan mencair dan bersihkan. Setelah ais mencair sepatutnya bunyi bip akan berhenti.
6. Minta teknision memeriksa papan litar.
Ia juga mungkin daripada masalah papan litar. Sekiranya demikian, kemungkinan besar komponen atau papan litar harus diganti.
Peringatan: Peralatan harus diselenggara secara berkala mengikut panduan manual pengeluar. Jika perkakasan anda tidak berfungsi dengan optimun.Langkah pencegahan awal atau pembaikian harus dilakukan agar tidak mendatangkan masalah kepada komponen lainnya.
Monday, 26 October 2020
TROUBLESHOOTING PETI SEJUK : SIMPTON KEROSAKAN EVAPORATOR
Thursday, 22 October 2020
PANDUAN PEMBELIAN PETI SEJUK BAHARU
www.wasap.my/+60166823585
Pembelian baharu? Tukar baharu?
Apabila peti sejuk harus ditukar kerana faktor kos pembaikkan yang tinggi atau berpindah masuk ke rumah baharu, jika ia membabitkan pembelian peti sejuk perkara berikut harus anda bincangkan untuk NEXT PROJECT anda.
Peti sejuk moden datang dengan pelbagai stail, warna dan ciri yang ada. Berbelanja mungkin menyeronokkan tetapi jangan sampai anda pening kepala nanti. Ini akan berlaku apabila peti baharu anda didapati tidak muat, luas bukaan pintu tidak cukup untuk membuka laci. Walaupun anda boleh bertanya 1001 soalan dengan jurujual tetapi perkara berikut hanya anda yang mampu.
Berikut adalah perkara yang harus difikirkan secara ringkas setelah memeriksa bajet anda. Jenama bukan masalah jika anda menjaga peti sejuk dengan baik iaitu sentiasa memastikan kebersihan dan memastikan tiada gangguan dalam kitaran penyejukkan.
PASTIKAN IA MUAT
Beberapa peralatan rumah seperti dapur dan mesin cuci pinggan dibuat dengan saiz yang standard tetapi tidak untuk peti sejuk.Ini mungkin akan mengejutkan anda pada hari penghantaran. Jadi sebelum shopping pasti anda mengukur dahulu area iaitu tinggi dan lebar, tambahkan sedikit ruangan agar peti mendapat pengudaran yang mencukupi selain memudahkan pemasangan dan pembersihan. Pastikan juga ia tidak mengganggu jalan keluar masuk ke dapur.
BILANGAN ISI RUMAH
Setelah anda menentu ruangan untuk peti sejuk diletakkan mengikut kapasiti ruang anda, jumlah isi rumah juga memainkan peranan. Ini lebih besar keluarga semakin banyak makanan perlu disimpan.
1. Bagi keluarga 3-4 orang jumlah voluum optimum adalah 200-250 liter.
2. Bagi seorang atau pasangan, jumlah lebih kecil lebih sesuai iaitu 120-150 liter.
3. Bagi keluarga besar, lebih baik melihat peti sejuk 300 liter sebagai pilihan.
Nota: Semakin besar peti sejuk semakin besar tenaga yang harus dibayar.
PERIKSA STICKER ENERGY
Sticker ini boleh digunakan untuk membandingkan kos operasi pertahunan yang harus anda fikirkan. Jika pilihan anda adalah kualiti 5 bintang dengan tenaga peti sejuk anda 635 kWh per tahun.
Contoh : (635kWh x RM 39.45)/100 = RM 250.51 per tahun
Nota : Ini hanyalah kiraan kasar dengan kos purata 2020 bukan dengan kiraan sebenar TNB
LIHAT KETERSEDIAAN ALAT GANTI
Apa yang dapat kami sarankan adalah belilah barangan buatan Malaysia atau kilangnya beroperasi di Malaysia. (Ikut negara anda tinggal). Bahagian yang dikeluarkan di luar negara adalah lebih mahal dan susah dan lama untuk didapatkan terutama getah pintu. Anda juga harus pertanyakan kos pembaikkan model pilihan anda.Disamping itu, pastikan ia mempunyai pusat service untuk menyelesaikan masalah anda kemudian hari.
BANDINGKAN KOS PETI SEJUK LAMA
Peti sejuk Energy efficient boleh menjimatkan tenaga dan menjimatkan wang anda. Anda juga harus mengira jumlah penjimatan peti sejuk lama dengan baharu. Perhatikan jumlah penggunaan tenaga dengan merekodkan penggunaan tenaga tanpa peti sejuk selama sejam dan bandingkan penggunaan tenaga bersama peti sejuk selama sejam. Ini adalah cara akurat untuk mengukur tenaga yang digunakan oleh peti sejuk anda.
CIRI DAN KEUPAYAAN TAMABAHAN.
Sebelum anda keluar membeli pastikan anda telah memikirkan ciri yang keperluan peti sejuk di rumah.
Perlindungan kanak-kanak. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Ia iakan menghalang panel kawalan diakses dari butang.
Salutan antibakteria. Menyemburkan lapisan nipis dari reagen yang melindungi perak menghalang pertumbuhan beberapa bakteria, akan tetapi anda harus mencuci dengan teratur kerana ia tidak memberikan pelindungan mutlak.
Pembekuan super. Ia akan mengekalkan suhu sejuk beku dibawah standard -18°C. Anda jangan mengharap ia akan mendekati industri "kejutan beku", rasa produk yang dicair masih akan berbeza dengan yang segar.
Peti telus. Ini memudahkan kita mencari produk yang betul dengan mudah.
Rak ditarik balik atau dilipat. Rak tarik balik memudahkan akses ke sudut yang paling jauh. Rak dilipat boleh dilaraskan supaya hidangan yang tinggi dan lebar boleh diletakkan tanpa menarik rak dari ruang.
Pembuat ais. Penjana ais yang direka pada pintu adalah tambahan menyenangkan. Sebenarnya tidak berbeza dengan kecekapan pembekuan dalam acuan. Ais juga harus perlu ditunggu beberapa jam, ia kerap dilihat sebagai meningkatkan harga.
PENGIRIMAN DAN PENGHANTARAN
Apabila anda membeli peti sejuk baharu, periksa kos untuk memindahkan peti lama dan penghantaran peti baharu adalah termasuk jika tidak, berapakah kosnya. Jikalau, anda membeli peti dengan ciri pembuat ais, jangan lupa anda harus melakukan penyambungan air. Periksa sama ada ia termasuk dalam kos penghantaran.
SALURAN BEKALAN GUNAKAN KELULI TAHAN KARAT TERJALIN
Peti sejuk dengan ciri pembuat ais atau dispenser air memerlukan saluran bekalan air. Tiub plastik memang murah tetapi ia tidak anti haiwan pengerat dan ia akan rapuh seiring usia. Jika ia rosak atau digigit, kos pembaikkan kebocoran menerbangkan RINGGIT anda.Penggunaan keluli tahan karat terjalin adalah pilihan terbaik kerana ia lebih tahan lama dan senang disambungkan. Hanya sambungkan hujung nut ke sambungan saluran valve dan tiub peti sejuk. Jika peti sejuk tidak mempunyai cara sambungan ini, anda harus membeli fitting tambahan.
PASTIKAN BUKAAN PINTU TIDAK TERHALANG
Jangan lupa rancang bagaimana bukaan pintu. Jika anda mempunyai meja kerja atau island atau dapur anda kecil atau sempit, pilihan French door atau pintu berganda adalah yang baik. Jika ia diletakkan menghadap dinding pastikan ia cukup untuk bukaan pintu dan laci juga rak untuk dikeluarkan bagi kerja-kerja pembersihan. Kebanyakkan peti sejuk anda boleh mengubah hala bukaan pintu tetapi lebih mudah memesan peti sejuk yang punya bukaan yang betul daripada menukarkannya sendiri.
KELULI TAHAN KARAT TANPA NODA
Jika anda cerewet tentang penampilan dapur dan mahukan permukaan yang sentiasa berkilat, tanyakan tentang ciri easy to clean finishes. Sesetengah jenama ada menampilkan ciri ini sebagai salah satu kelebihan mereka. Ada yang menawarkan permukaan yang seperti stainless steel dengan tambahan boleh melekatkan magnet. Ini bagi mereka yang suka meninggalkan nota atau hobi mengumpul magnet peti sejuk.
LINDUNGI PETI SEJUK ANDA
Lonjakkan kuasa hasil dari panahan petir antara salah satu punca kerosakkan. Jadi sebagai insuran anda, laburkan sedikit wang anda untuk membeli Voltage Protector Fridge Guard jika masalah ini pernah terjadi.
Sedikit sahaja panahan petir akan membakar komponen elektronik yang sensitif dan kebanyakkan peti sejuk model terbaharu mempunyai papan elektronik yang mudah diserang disamping harga yang mahal.
Happy shopping...
Tuesday, 20 October 2020
PETI SEJUK : CARA MENGETAHUI KOMPRESOR ROSAK
Kesemua peralatan yang elektronik yang kita miliki di rumah, kita amat bergantung sekali dengan peti sejuk. Bangun pagi sahaja kita akan membuka peti sejuk untuk meminum jus atau susu. Pada waktu menjelang tengahari, kita akan mengambil produk segar untuk dimasak. Kita akan bergantung pada peti sejuk untuk mengekalkan kesejukkan dan produk makanan kita tetap segar dan selamat untuk dikomsumsi atau digunakan.
Jadi, apabila di dalam peti sejuk anda yang berkerja 24/7 tanpa merungut mulai suam, tidak sejuk atau kurang sejuk, air mengalir keluar atau tiba-tiba daripada diam menjadi mesin yang paling bising atau langsung diam tanpa suara seperti mahu berhenti dari tugasnya. Tetapi sebelum anda memanggil teknision diagnosa dahulu peti sejuk anda.
Apabila peti sejuk menjadi tidak sejuk ada sepuluh kemungkinan komponen yang rosak bukan disebabkan oleh kekurangan gas atau kebocoran. Kompressor adalah diantaranya.
Kompressor adalah jantung pada operasi sistem penyejukkan. Kini, kompresor diletakkan di dalam unit tertutup dibahagian bawah, belakang pada kebanyakkan peti, menggabung motor dan kompressor sebagai satu unit. Ia akan memampatkan gas penyejuk sebelum menghantar ke condenser coil dibelakang peti sejuk, dimana ia akan menukarkan kepanasannya dengan udara persekitaran.
Q: Bagaimana mengetahui kompressor rosak atau bakal rosak?
A: Cara terbaik mengetahui jika ada yang tidak kena dengan kompressor adalah menarik sedikit peti sejuk keluar dari dinding dan teliti perkara berikut:
1. KOMPRESSOR AKAN SENTIASA HIDUP
Salah satu tanda adalah ia akan sentiasa hidup tetapi dibahagian pendingin dan pembekuan tidak mencukup julat suhu yang diperlukan. Kondisi ini akan menyebabkan kehilangan gas penyejukkan dalam sistem penyejukkan atau injap atau valve komperossor mungkin sudah rosak.
2. PETI SEJUK MEMUTUSKAN/TRIP PEMUTUS LITAR ARUS (CB)
Sesekali peti sejuk akan memutuskan arus pada pemutus litar (Circuit Breaker) apabila ia dihidupkan adalah tanda kompressor rosak. Sebelum itu anda juga harus memeriksa pendawaian rumah anda juga. Setiap motor elektrik akan menarik 5 ke 6 kali arus operasi apabila ia mula dihidupkan. Semakin lama umur kompressor, ia akan meningkatkan masa yang diperlukan untuk mencapai kelajuan operasi dan ini akan memanjangkan tempoh masa arus masuk. Ini akan menyebabkan pemutus arus atau CB trip sesekali.
3. OPERASI MENJADI BISING
Bising sering dikaitkan dengan kegagalan kompresor. Bearing atau valve mulai rosak akibatnya bunyi bising bertambah. Apabila masalah bearing, bunyi selalunya akan digabungkan dengan pengambilan arus yang mengakibatkan trip sesekali. Apabila valve penyebab masalah bunyi, bunyi akan menggabungkan masalah kegagalan untuk mencapai kesejukkan yang diperlukan. Kompressor dengan masalah kegagalan bearing akan menjadikan peti panas dan menyebarkan bau minyak panas akibat dari wayar atau kabel overheated.
Apabila compressor gagal berfungsi, faktor pertama yang anda harus fikirkan adalah kos. Apabila kosnya penggantiannya dinilai berbaloi atau tidak? Jika, ia mendekati bajet pembelian baru untuk anda, tidak perlu dibaiki. Jika, ia model yang masih baru dipasaran atau dilengkapi dengan sistem pembuatan ais, mungkin berbaloi dibaiki. Sebelum itu, periksa dahulu janji tempoh jaminan pembelian anda.
Anda juga boleh meminta pendapat dari kami di www.wasap.my/+60166823585 atau diagnosa dahulu diagram berikut sebelum mengembil keputusan. Click Link
Video kami tentang penggantian kompressor.
Friday, 25 September 2020
PETI SEJUK: GEJALA KEBOCORAN DAN PENYUMBATAN
Kebocoran gas dan penyumbatan dalam kitaran penyejukan GEJALA MUNCUL KETIKA KESALAHAN TERJADI DARI SALAH SATU SISI TEKANAN TINGGI ATAU RENDAH | |||
Kebocoran Gas | Tersumbat | Separuh Tersumbat | |
POSISI | Bahagian brazing evaporator | Tiub kapilari
Bahagian brazing | Tiub kapilari
Bahagian brazing |
Minyak yang keluar ditemui pada bahagian kebocoran | Tiada minyak pengeluaran pada permukaan paip. | Tiada pengeluaran minyak pada permukaan paip. | |
Frost atau embun pada evaporator kurang dari kitaran penyejukan normal. Jika tidak, tiada pembekuan atau embun ditemukan | Tiada pembekuan atau embun pada evaporator. | Pembekuan atau embun pada evaporator kurang dari jumlah pada kitaran normal penyejukkan. | |
Bunyi aliran bahan pendingin melalui evaporator dihentikan sebentar, atau bunyi aliran gas kedengaran. | Tiada bunyi bahan penyejuk didengari dari evaporator. | Bunyi bahan penyejuk mengalir melalui evaporator dihentikan sebentar atau berselang. | |
Pengesan kebocoran akan bertindak balas pada waktu berikut:
Beri perhatian lebih ketika mengguna air sabun Air sabun mungkin akan tersedut jika sisi tekan rendah beroperasi. *Gunakan pengesan yang sesuai untuk penyejuk yang digunakan. | Pengesan kebocoran tidak bertindak balas. | Pengesan kebocoran tidak bertindak balas. | |
GEJALA MUNCUL KETIKA KESALAHAN TERJADI DARI TEKANAN RENDAH | |||
Kebocoran Gas | Tersumbat | Separuh Tersumbat | |
POSISI | Brazing bahagian evaporator | Tiub kapilari
Bahagian brazing | Tiub kapilari
Bahagian brazing |
Input arus adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal. (dalam kes kebocoran gas sangat sedikit sekali). Ia akan berkurang dengan kebocoran gas yang sedikit. | Input arus adalah kecil. | Input arus adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal. Ia akan kurang pada sesuatu bahagian separuh tersumbat. | |
Bunyi kompressor hampir sama dengan mampatan normal. Bunyi akan lebih ringan dengan kebocoran gas yang sedikit. | Bunyi pemampatan adalah lebih ringan dalam pemampatan normal. | Bunyi kompressor hampir sama dengan mampatan normal. Bunyi akan lebih ringan pada sesuatu bahagian yang separuh tersumbat. | |
Suhu paip penghantar adalah tinggi. Suhu berkemungkinan akan rendah dengan kebocoran gas. | Suhu paip pengantar tidak meningkat. | Suhu paip pengantar adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal. Ia akan meningkat pada sesuatu bahagian separuh tersumbat. | |
Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas. | Tidak memaksa relay menjadi terlalu panas. | Tidak memaksa relay menjadi terlalu panas | |
GEJALA MUNCUL KETIKA KESALAHAN TERJADI DARI TEKANAN TINGGI | |||
Kebocoran Gas | Tersumbat | Separuh Tersumbat | |
POSISI | Brazing bahagian evaporator | Tiub kapilari
Bahagian brazing | Tiub kapilari
Bahagian brazing |
Input arus adalah rendah dari kitar penyejukkan normal. | Input arus adalah tinggi dari kitar penyejukkan normal. (Kemungkinan kompresor tidak dapat digerakkan) | Input arus adalah hampir sama pada kitaran penyejukkan normal. Input arus akan lebih besar pada sesuatu bahagian separuh tersumbat dari kitaran penyejukan normal. | |
Bunyi pemampatan adalah lebih ringan dari pemampatan normal. | Bunyi pemampatan adalah lebih berat dalam pemampatan normal. | Bunyi kompressor hampir sama dengan mampatan normal. Bunyi akan lebih berat pada sesuatu bahagian yang separuh tersumbat. | |
Suhu paip pengantar adalah lebih rendah dari kitaran penyejukkan normal. | Suhu paip pelepasan akan:
| Suhu paip pengantar adalah hampir sama dengan kitaran penyejukkan normal. | |
Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas. | Tidak memaksa relay menjadi terlalu panas | Memaksa kemungkinan relay menjadi terlalu panas. | |
|
-
www.wasap.my/+60166823585 Peti sejuk alarm berbunyi Peti sejuk yang sempurna adalah apabila ia bekerja tanpa membuat bunyi. Pada sisi lain...
-
@www.wasap.my/+60166823585 Kesemua peralatan yang elektronik yang kita miliki di rumah, kita amat bergantung sekali dengan peti sejuk. Bangu...
-
@ www.wasap.my/+60166823585 Apabila ada yang tidak kena dengan mesin basuh yang mempunyai paparan digital, mesin basuh akan mengeluarka...
5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)
www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...