Asalamualaikum dan selamat sejahtera Kami menyediakan perkhidmatan membaiki (repair) mesin basuh , peti sejuk dari rumah ke rumah tak perlu bawa ke bengkel mengikut kesesuaian masa pelanggan Khidmat kami dengan jaminan bahagian yang ditukar, harga berpatutan dan caj perkhidmatan serendah RM30, mengikut kawasan dan kerosakkan untuk area SHAH ALAM,DENAI ALAM, SUNGAI BULOH, SAUJANA UTAMA, PETALING JAYA, KLANG, DAMANSARA DAN YANG BERDEKATAN
Peti sejuk dan Mesin basuh
Sunday, 26 July 2020
PETI SEJUK : GANTI KOMPRESOR (TEKNIK LOKRING)
Manual ini memperkenalkan proseder operasi bagi pemeterian dengan menggunakan LOKRING. Ringkasan prosedur pembaikan kitaran penyejukan adalah seperti berikut:
1. Melepaskan penyejuk/refrigerant daripada peti sejuk.
2. Keluarkan kompresor yang hendak diganti.
3. Keluarkan atau buang penyejuk dari paip yang menyejuk kitaran dengan gas nitrogen.
4. Potong filter drier.
5. Memasang kompresor baharu.
6. Memasang filter drier baharu.
7. Memasang pack less valves (vacuum valve,charge valve)
8. Memeriksa kebocoran gas.
9. Vacuumize kitaran penyejuk.
10. Caj atau masukkan penyejuk.
11. Memeriksa kebocorann gas selepas pengecasan penyejuk.
12. Kimpal atau pateri (kedua-dua paip vacuum dan paip charge)
13. Pasang semula penutup.
14. Jalankan ujian percubaan.
Nota: Apakah teknik kimpalan LOKRING?
LOKRING adalah kaedah mekanikal untuk menghasilkan kimpalan kekal sambungan paip yang setara, menghapuskan keperluan untuk hotwork dan masalah kesihatan dan keselamatan yang berkaitan.
LOKRING adalah peralatan dipatenkan, ia akan menyambungkan secara kekal diameter nominal saiz paip dan tiub tanpa kimpalan.
Ini berikutan kemasukan paip atau tiub akhir ke dalam pemasangan, alat hidrolik digunakan untuk untuk mengunci atau menyambung setiap hujung hadapan tiub dengan penyambung dan cincinnya.
Kedua hujung tiub dibersihkan
Kedua hujung tiub yang hendak disambung dititikkan cecair pelekat
Hujung tiub dimasukkan complex ring, diputar 360°
Disatukan denagn alat plier
Ini adalah teknologi yang paling mudah pada waktu ini. Ia lebih selamat untuk dicuba bagi yang suka DIY. Walaubagaimanapun teknologi yang muncul, anda hendaklsh memastikan arus elektrik telah dimatikan dan ada pengaliran udara yang baik di kawasan sekitar anda.
Sunday, 5 July 2020
PANDUAN DAN TIP MEMILIH MESIN BASUH BAHARU
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mesin basuh yang baik sangat penting di mana-mana rumah. Melakukan cucian anda akan merasa lebih senang dengan mesin basuh yang lebih baik. Sekarang, bagaimana anda memilih mesin basuh yang sesuai untuk anda? Jangan risau, kami telah melalui semua mesin basuh yang terdapat di Malaysia dan mendapat yang terbaik. Inilah mesin basuh terbaik yang boleh anda beli di Malaysia hari ini! | |
Alat Ganti Pilih yang berjenama yang bagus dan berkualiti. Selain itu, anda harus mengambil kira faktor tentang alat ganti yang mudah didapati dipasaran. Contoh: Jenama Panasonic, Sharp dan Toshiba mempunyai kilang di Malaysia. Jadi alat gantinya mudah dipasaran. Lebih mudah pada masa hadapan jika berlaku kerosakkan, disamping ketiga-tiga jenama mempunyai julat harga yang lebih kurang sama. |
|
Taraf bintang Anda boleh melihat penarafan bintang yang diberikan. Pilih menarafan bintang sekurang-kurangnya 3.5 bintang untuk tenaga dan 4 bintang. Pilihan ini, anda boleh memilih teknologi dancing water flow dari Panasonic. Ia beroperasi yang dengan kurang air, waktu basuhan dan pengeringan dicepatkan dengan kecepatan pusingan. Harga yang terjangkau bajet anda. | |
Jaminan Motor Sesuatu yang boleh menjadi point untuk anda membeli. Kebanyakkan jenama memberi jaminan motor 3 ke 5 tahun. Jika anda memilih untuk jaminan, brand Beko menawarkan jaminan sehingga 12 tahun untuk motor dengan harga yang terjangkau. Selain itu, ia juga antara mesin yang tercepat di dalam menyelesaikan basuhan. | |
Kebisingan Jika anda tidak mahu kebisingan dari mesin atau saiz rumah kecil, pilih teknologi Inverter Direct Drive, ia menggabungkan motor dengan drum secara langsung. Ia juga akan menambah sedikit bajet anda kerana ia muatan hadapan. Harga akan bermula dari RM 1.4K dan seterusnya. Contohnya: LG Inverter Direct Drive. | |
Murah dan Simple Ia sesuai untuk keluarga yang kurang dari 5 orang pada kapasiti 7kg dengan reka bentuk padat dan antara yang termurah dipasaran. Komponen yang anti karat stainless steel pada drum dan mudah digunakan dengan hanya satu atau dua klik sahaja. Jaminan pada motor untuk 5 tahun dengan jamin 2 tahun pada keseluruhan mesin pada mesin basuh Media | |
Tiada simpulan Jika anda tidak mahu pakaian tersimpul atau kusut selepas basuhan pilihan teknologi tangle-free finish. Pusingannya ikut dan lawan jam bagi menyelesaikan masalah simpulan pakaian. Ciri-ciri ini ditawarkan pada jenama Hitachi. | |
Self-Cleaning Tub Bagi mengekalkan mesin dan keadaan tip-top, setiap kali selesai basuhan tab basuhan hendaklah dicuci. Tub cucian yang lebih bersih dan membuatkan mesin bekerja lebih lama. Contoh jenama ada menawarkan proses rawatan mudah dilakukan: Hitachi dengan teknologi self-cleaning tub, akan tetapi janama ini menambah sedikit bajet anda. Samsung dengan teknologi Eco Turbo Clean bagi mencuci tub pada harga munasabah. | |
Kelembutan pada kain Pilihan sistem seperti Wobble (Samsung) dan SS Drum (Sharp) ianya lembut pada kain kerana ia mengurangi kerosakkan geseran. Teknologi Hyro Twin Power (Toshiba) dan Fuzzy Logic (Sharp) akan menghilangkan kotoran lebih efektif pada kain. Sistem pengering berkelajuan tinggi dan cepat kering ditawarkan iaitu Circular air intake (Toshiba) dan Air turbo drying (Samsung) menjadikan pakaian lebih cepat kering dengan pusingan pengeringan yang singkat. Waktu basuhan dapat dipendekkan. | |
Premium Kualiti. Mesin basuh ini berada dalam ketegori bangsawan iatu yang termahal dalam list kami. Ia anda tidak kisah tentang harga tetapi lebih memilih kualiti dan dibenarkan oleh prestasi terbaiknya. Selalunya, mesin jenis ini akan memberikan kesemua pilihan yang anda mahukan iaitu:
Jenama sejenis seperti Eelctrolux dan Bosch, menawarkan ciri-ciri di atas. | |
Kapasiti Keluarga yang seramai 5 orang bolehlah memilih mesin 7kg atau 8kg. Jika keperluan anda memerlukan untuk membasuh seperti toto atau selimut tebal, pilih kapasiti yang melebihi 12kg. Anda boleh membasuh pakaian setelah muatan pakaian selepas 3/4 drum mesin anda.Jika mesin basuh pilihan anda kapasiti besar. Asingkan juga pakaian mengikut jenis. Ini supaya anda boleh memilih pilihan basuhan mengikut jenis pakaian. | |
Diagnosis Masalah. Bagi yang suka DIY, mesin jenama ini mungkin menjadi pilihan. LG Smart Inverter Washing Machine juga dilengkapi program Smart Diagnosis untuk membantu mendiagnosis masalah mekanikal melalui aplikasi mudah alih, yang akan mengurangkan potensi kos perkhidmatan pembaikian. | |
Pilih produk mesra alam. Pilih jenama yang direka untuk dikitar semula. Ini penting untuk mengurangkan pelupusan sampah dan mengurangkan penghasilkan gas rumah hijau dihasilkan ketika penghasilan material baharu. Go recycle... itu penting |
Front loading selalunya menjimatkan tenaga dan air, ia akan menjimatkan wang anda pada masa panjang selain lembut pada fabrik.
Kebanyakkan model top loading pada masa kini, ada program quick wash jadi anda masih boleh memendekkan masa basuhan anda. selain dari memudahkan memuatan basuhan.
Apa-apa pun terpulang kepada kemampuan anda dari segi belanjawan keluarga. Model top loading selalunya 50% lebih rendah dari front loading.
-
www.wasap.my/+60166823585 Peti sejuk alarm berbunyi Peti sejuk yang sempurna adalah apabila ia bekerja tanpa membuat bunyi. Pada sisi lain...
-
@www.wasap.my/+60166823585 Kesemua peralatan yang elektronik yang kita miliki di rumah, kita amat bergantung sekali dengan peti sejuk. Bangu...
-
@ www.wasap.my/+60166823585 Apabila ada yang tidak kena dengan mesin basuh yang mempunyai paparan digital, mesin basuh akan mengeluarka...
5 MASALAH ATAU PROBLEM PETI SEJUK (DIAGNOSA)
www.wasap.my/+60166823585 JENIS-JENIS KEROSAKAN PETI SEJUK Langkah pemerhatian awal sebelum mengambil keputusan DIY atau panggil teknision...